Wednesday, May 19, 2010

Episod 6: L.O.V.E.


video

"Cinta."

Angin petang meniup sepatah perkataan yg terpacul daripada mulut AKAL. Kembali sunyi. Namun, satu wajah itu cukup damai, sebaris senyuman terlakar.

Sepoi2 bahasa angin menyapa, menghilangkan penat. Kelihatan beberapa pelajar sedang melangkah ke flat pelajar dengan bungkusan beg plastik di tangan, baru pulang daripada kedai mamak mungkin.

AKAL
tahu, mereka itu, tidak sama sepertinya. Kau dan aku punya mata dan tangan yang sama. Namun, bukan fikiran dan hatiku.. AKAL yang kini sama sekali bukanlah mereka.

Aku yang dulu, pergilah jauh.. AKAL mendongak ke langit menentang mata dengan sang awan..

Dahulu, langit itu hanya dipandang sebelah mata.. Logikalnya, langit itu lapisan luar kerak bumi. Atmosfera. Ya, atmosfera. Daripada pandangan kasar mata, langit itu kadang cerah, kadang gelap. Langit jua penuh dengan awan - harmoni sang biru dan sang putih. Ya, di langit ada awan. Tapi, langit lebih daripada itu. Siang dan malam. Terik dan hujan. Nampakkah manusia akan tanda2Nya itu?

Apakah kamu tidak memperhatikan, bahwa sesungguhnya Allah menurunkan air dari langit, maka diaturnya menjadi sumber-sumber air di bumi kemudian ditumbuhkan-Nya dengan air itu tanam-tanaman yang bermacam-macam warnanya, lalu menjadi kering lalu kamu melihatnya kekuning-kuningan, kemudian dijadikan-Nya hancur berderai-derai.

"Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. Al-Zumar, ayat 21..'' Bibir AKAL lancar membacakan kalimah kitabullah. Subhanallah... Indahnya ciptaan Allah. Awan di langit itu tidak puas lagi dititip satu persatu.

"Awan ni macam2 ade. Dari sekecil2 bentuk ke sebesar2nya. Bayangkan Allah boleh menjadikan setiap awan tu berbeza2.. Malah mereka kekal tergantung di langit sana, terkawal pergerakannya walau menampung bebanan air hujan.. Yang akhirnya diturunkan ke bumi sebagai nikmat mahupun bencana utk kita. Hanye dgn awan, Allah menampakkan betapa indahnya ketetapanNya.. Inilah baru kukatakan, awan yg cantik. SubhanAllah..." Gemersik suara sahabat tercinta bergema di telinganya. Tenangnya arwah berkata2, begitu jualah tenangnya hati AKAL mendengarnya. Hari itu, Allah telah menurunkan hijabNya, memperlihatkan hambaNya apa yg sebelum ini tidak mampu dilihat oleh mata kasar mahupun akalnya.

Mata hati. Ya, hatilah punca segala2nya. A powerful force that drives everything from inside a human being. Akal yang sihat tak semestinya menjamin seseorang itu beriman, otak yang geliga tak semestinya celik. Jika bukan datang dari hati, jelaskan padaku mengapa si polan graduan kedoktoran itu masih mengenepikan agama? Mengapa si polan yang berbintikan si polan itu menjaja harga dirinya? Mengapa tubuh si kecil dibiarkan dihurung semut merah berlantaikan rumput dan beratapkan langit di sebalik semak mahupun tong sampah?


Ya Allah.. Ighfirli.. Ighfirli.. Ighfirli..
Engkaulah yang Maha Kuasa
, ya Allah.. Dengan izinMu, telah tercapai akalku.. Syukur Alhamdulillah.

"Bro, jom balik!" ANAS muncul termengah2. Lamunan AKAL terhenti sedari tadi menanti ANAS di bangku tersebut.

Dunia, tunggu aku ubah kamu.


AKAL bingkas bangun lantas mencapai kasut bola yg menampakkan kesan baru sahaja digunakan di hujung bangku. Belum sempat mengatur langkah kedengaran salam daripada arah ANAS datang tadi. AKAL menoleh pada sekumpulan pemuda yang sedang menghampirinya. Dia mengukir senyuman. Sejuk matanya menangkap kelibat adik2nya itu. Walaupun masing2 kelihatan penat dibasahi peluh namun tata tertib seorang muslim sentiasa terjaga, senyuman masih tidak lokek di muka malah pakaian tertutup auratnya.

"Wa'alaikummussalam.. Ha, ANAS. Cube enta bagi salam macam diorang ni."
AKAL bernada gurau.

"Eh, assalamualaikum akhi.." ANAS sudah tersenyum tersipu2. Mereka yang berada di situ tertawa kecil melihat gelagat ANAS. Ada yang membuat mimik muka mengusik dari jauh, ANAS hanya membalas dengan kerutan kening. Menghormati
AKAL yg turut bersama mereka.

Spontan AKAL memeluk bahu ANAS serta junior di sebelahnya dan melangkah seiring,
"Wa'alaikummussalam, akhi ANAS!" Mesra. Senyuman meniti di setiap wajah mereka.

"Yok maghrib kat surau!"

"Ayay captain!"

"Akhi, liqa' malam ni?"

"Yup."

"Same time, same placela bro."

"Buat2 tanya, nak ponteng ye.."

"Eh, nak confirmkan je, akhi."

"Hehe.. Ana tahu, ana tahu. Hebat kita dalam study, hebat lagi kita dalam dakwah ini. Kan?"

"Exactly!"

Sayup2 kedengaran suara anak2 muda tersebut menghilang, meninggalkan bangku tua tadi. Padang semakin kosong. Pelajar-pelajar sudah bergerak pulang. Langit memerah. Awan berarak pergi, bak masa yg takkan pernah berputar kembali.

Hai orang-orang beriman,
bersiap siagalah kamu berkelompok-kelompok
atau majulah bersama-sama
(An-Nisa' 4: 71)

L.O.V.E Looking for Your Love, O'Allah,
begins with the Voice of nature and Eternity of ukhuwwah

Song Title: Aku Rela
Artist: Algebra
Source: Youtube