Showing posts with label BicaraHatikuPadaJemari. Show all posts
Showing posts with label BicaraHatikuPadaJemari. Show all posts

Thursday, January 27, 2011

without having ever met you



Source: Youtube

Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, "Bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah menjawab, "Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku... Aku sangat rindu bertemu dengan mereka.."

*love*(^^)

Thursday, October 21, 2010

Andainya dapat kumenulis...



Andainya dpt ku menulis nota2 cinta buat diriMu..
Akan ku sisipkan segala, kuntuman bunga yg mewangi..
Zikirku,solatku,amalku,jiwaku,cintaku,hidupku..
Akan terimakah Dikau?
*Terharu dgn Dia*

Monday, October 18, 2010

ia

ia mengekang masa kamu untuk
mendekat padaNya,
memperlahankan tarbiyyah kamu untuk
lebih sempurna mencintaiNya,

maka

tidakkah kamu mahu berhenti?

berusahalah untuk berhenti,
keranaNya, bersamaNya, kepadaNya
*luv*

Saturday, August 14, 2010

Baby

Aku seorg bayi..
Bayi yg kecil itu..
tertatih bjalan,
menangis terjatuh..
tersenyum dipujuk.

Langit..
Tersangatlah tggi..
Indah bukan jika dapat kucapai?
Tapi,
aku masih seorg bayi..

Awan..
Mereka bergerak.
terus..
dan
terus berarak pergi,
Sepertinya usiaku.
jauh.
dan
terus menjauh..
Umurku sudah setahun.

Namun,
Aku masih seorg bayi?

Membesarlah wahai sang bayi!

Friday, April 23, 2010

Sakit

Ya Allah,
Dalam sujud ini..
Sakit..
Perit..

Muslim sejati,
Yg Kau artikan,
Di dalam kalamMu itu,
Masih bukan aku..

Wahai diri,
kenapa kau bukanlah mereka yg terjaga kata2nya?
kenapa kau bukanlah mereka yg manis peribadinya?
kenapa kau bukanlah mereka yg istiqamah ibadahnya?
kenapa kau bukanlah mereka yg memanfaatkan detik2 masanya?
kenapa kau bukanlah mereka yg berfikir hanya utk masalah ummatNya?
kenapa kau bukanlah mereka yg tak meletakkan hati pada keperluan dunianya?
kenapa kau tidak tergolong dlm mereka yg dijanjikanNya syurga?

Ya Allah.....
Sakit yg kurasa akan lemahnya diriku..
Akan ketidakmampuanku..
Lebih perit daripada melihat insan2 kesayanganku,
Jatuh dlm pendustaan dunia.

Kenapa?
Kenapa hatiku,
lisanku,
dan tubuhku..
Tak tersisa hingga padaMu?
Sedangkan dulu,
hati ini,
lisan ini,
dan tubuh ini,
pernah berjanji mencintaiMu?

Ya Allah, maafkan aku...
maafkan aku...
maafkan aku...

Wahai hati yang lemah!
kaukah yg dpertanggungjawabkan dgn jalan ini?
kaukah yg dberi kepercayaan mewarisi legasi Rasul Allah ini?
kaukah yg lancang berkata2 d khalayak, blog, ym malahan fb?
Malah, kaukah yg di dalam hatinya meronta2 membenci jahiliah manusia?
KAUKAH itu?

Sungguh,
Hanya org yg layak saja berada di jalan ini.
dan KAU?
Jangan tanya pd dirimu itu,
Tanyalah pd mata2 yg terlekat d seluruh tubuhmu,
Yg memerhati stp satu amalmu,
Di kala stp saat usiamu berlalu,
Kerna,
Yg akan dibenarkan berkata2 pada HARI itu,
HANYALAH MEREKA.

Ya Rabb.....

Ya Malik.....

Ya Illahi.....

Dalam sujud ini.....
Aku bermohon padaMu dgn serendah2nya...
Bersihkanlah hatiku, lisanku dan tubuhku...
ameen...ameen...ameen...