Sunday, December 20, 2009

Buat shbt2 istimewa yg sudah punya yg istimewa~

Allah belum lg beri peluang tuk ku siapkn post baru.pasti ade hikmahnye..insyaAllah=)
jd,ku isik blog dgn ni~
dedikasi utk shbt2 yg d hatinya sudah ada yg istimewa(^-^)



EdCoustic - Nantikan Aku Di Batas Waktu

Sesuci dirimu...
Setinggi itulah jua cintaNya padamu..
Ku tahu,
Redha Ilahi kau pinginkan..
Lalu,
rindu pada baitan kasih itu,
kau pendam..

Sakit..
Takut..
Geram..
Kau bertanya pd hati,
Apakah perasaan ini?

Sang merah itu tak bersalah sayangku,
Kerna
Rasa kasih,
cinta,
dan sayang itu..
Kau pinta dariNya bukan?

Acapkali kedengaran,
Bukan sang soleh yg kau cari,
Tapi seorang solehah yg perlu kau jadi..
Ah..
Taman duniawi..
Butuhkan kekuatan dalam diri,
Agar cukup teguh ia terbina..
Malah tagihkan kelembutan,
Agar tenang mendamaikan...

~~~~~
Kalau memang,
kau pilihkan aku,
Tunggu..
Sampai aku datang..

Nanti,
ku bawa kau pergi,
Ke surga abadi..

Kini,
belumlah saatnya,
Aku membalas cintamu...
Nantikanku,
di batas waktu...
~~~~~

Andai mahligai dunia itu,
Berjaya kau dakap,
Syukur...
Kutadahkan dua tanganku ke langit,
Mengucap syukur dek kebahagiaanmu, sahabat..

Namun..

Andai kecundang..
Barangkali,
Penantianmu itu,
Diuji lagi..
DilanjutkanNya lagi...

Barangkali,
Di taman firdausi sana,
Telah sedia kekasihmu menunggu..
Lebih indah, lagi damai dan
kekalnya infiniti duhai sayangku..
La tahzan!
Andai tanganku cukup panjang,
Kan kucapai dirimu,
Akan kukesat air mata itu..

Sungguh,
Tiada yg lebih tahu,
Selain Yg Maha Mengetahui...

p/s:semoga dikurniakan kejayaan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.ameen~buat kakTeh,sy syg akak!bertahan!

Wednesday, November 11, 2009

Siapakah di hatimu tika ini? - HATI



Benammi - Ama Zilna
[ www.thenasheedlyrics.com ]

Approaching God with our hearts
No fear nor grief for whom He guides
His rope is strong and will never waver
His provision is there for all who are in need

In every place, at every time
Above you is The Glorious Caretaking Lord
In every place, at every time
You have a Lord who loves you and will never forget you

Do we know our Lord?
Do we see our Lord's blessings?
Do we know our Lord?
Do we thank Him... or have we forgotten..
that His servants... we are

In His Dominion we exist for as long as He wills
And we call upon His bounty through prayer
And seek His favors through hope
For He is our refuge when difficulty strengthens its hold

In every place, at every time
Above you is a Glorious Caretaking Lord
In every place, at every time
You have a Lord who loves and will never forget you

Do we know our Lord? Do we see our Lord's blessings?
Do we know our Lord? Do we thank Him... or have we forgotten..
that His servants... we are

My heart is Allah's, My soul is Allah's
My wealth is Allah's

Saturday, October 3, 2009

Jangan risau, aku ada Allah-IMAN



Sami Yusuf - You Came to Me

You came to me in that hour of need
When I was so lost, so lonely
You came to me, took my breath away
Showed me the right way, the way to lead
You filled my heart with love, showed me the light above
Now all I want is to be with you
You are my one true love, taught me to never judge
Now all I want is to be with you

CHORUS
allahuma salay alla sayiddina mustafa
ala habibika nabika mustafa

You came to me in a time of despair
I called on you, you were there
Without you what would my life mean
To not know the unseen?, the worlds between
For you I’d sacrifice, for you I’d give my life
Any thing just to be with you
I feel so lost at times by all the hurt and lies
Now all I want is to be with you

CHORUS
allahuma salay alla sayiddina mustafa
ala habibika nabika mustafa

Showed me right from wrong
Told me to be strong
Need you more than ever ya rasulallah
You came to me in that hour of need
Need you more than ever ya rasulallah
You filled my heart with love, showed me the light above
Now all I want is to be with you
You are my one true love, taught me to never judge
Now all I want is to be with you

CHORUS
allahuma salay alla sayiddina mustafa
ala habibika nabika mustafa

****

You came to me.....:')

Saturday, September 12, 2009

Episod 5: Uhibbuka fillah~

[precautions: don't sleepy and read!-budak2 kat umah,jgn tiru..wrong use of grammar;p]

Pagi,
Ya, aku tersenyum..

Pagi.
Aku tidak puas tersenyum..

Pagi.
Satu perkataan itu mengundang senyum lagi..

Istimewanya pagi ini,
"Ahlan Ramadhan"
1 Ramadhan 1430H/22 August 2009

~CINTA ITU, BUKAN ANTARA AKAL & HATI SAJA~

"Woi, jangan lari!" Kedengaran derap kaki orang berlari dari belakang.

BUKK!! Seseorang melanggar bahu AKAL menyebabkan buku2 di tangannya bertaburan di atas jalan. Seorang lelaki bertubuh kecil terjelupuk jatuh. Dalam sinar malap lampu, AKAL dapat mengenali muka itu, ANAS, junior jurusannya.

"Hah..Hah.. Mane kau nak lari weh.. Hah..Hah.." Dua orang lelaki berhenti termengah2. Daripada mereka rupanya suara kasar yang didengar oleh AKAL tadi sebelum dia bertembung dengan ANAS.

"Mane duit aku, hah?!" Salah seorang daripada pemuda itu memijak badan kurus ANAS.

"Eh, bro. Apehal nih?" AKAL terkejut dengan tindakan lelaki itu. Terus dia mengambil keputusan untuk masuk campur.

"Kau jangan masuk campur." Lelaki kedua menolak badan AKAL daripada menghampiri.

"Tapi bro.. Junior aku tu.."

"Kalau junior kau pun aku ape kesah. Kau tahu tak budak ni, belajar tinggi2 tapi beli 'barang' kitorang tak nak bayar. Sekarang ni dia bukan junior kau, dia pelanggan kitorang. Blah."

"Bro, ni dekat dengan universiti ni.." AKAL menarik bahu lelaki yang menolaknya itu. Dia tidak mahu kalah, manusia seteruk bagaimana pun tetap adalah manusia.

"Aku kate blah, blahla!" Satu tumbukan keras mengena muka AKAL. Terduduk AKAL, ada darah di hidungnya.

"Kurang ajar!" AKAL bingkas bangun dan membalas. Saat itu tiada apa yang difikirkannya kecuali rasa tercabar yang amat. Tetapi, bagi lelaki pertengahan umur itu, senang sahaja dia menahan penumbuk AKAL dengan tapak tangannya.

"Hahah..Weh, kau tengok budak kecik ni nak lawan kita! Hoi budak, rasakan ni..!!" Entah bagaimana AKAL baru perasan ada sebiji botol kaca di tangan kanan pemuda itu. Nafas lelaki itu berbau busuk. Orang mabuk! AKAL kaget. Tangan kanan itu sudah diangkat tinggi dan...

PANGG!! Kepala AKAL basah dengan cecair. Dia membuka mata.

Kenapa tak sakit?

Ada satu tangan di atasnya yang menahan daripada botol kaca itu mengena kepalanya. AKAL menoleh ke kiri.

BRO IS!!

Terkejut AKAL bukan kepalang. ISLAM, salah seorang seniornya di universiti ini, muncul entah dari mana.

"IS?" Pemuda mabuk itu menggosok2 matanya.

"Ya aku!" ISLAM menendang lelaki itu jauh daripada AKAL sehingga lelaki itu hampir terjatuh.

"Selama ni kau kat sini ye??!" Lelaki itu menekan2 pinggangnya yang terasa sakit. Baru sahaja dia mahu menghampiri ISLAM, kedengaran seseorang mendekati. Rupa2nya pengawal universiti sudah dapat mengesan pergelutan yang berlaku. Dua lelaki itu terus melarikan diri.

"Korang tak apa2?" Kedengaran risau suara lelaki bertubuh sasa itu. Padanlah kedua-dua lelaki mabuk tadi lintang pukang menyelamatkan diri. AKAL menggeleng perlahan sambil mengelap kepalanya yang basah dengan arak. Dia bagai tidak percaya dengan apa yang telah berlaku.

"ANAS, bangun." ISLAM bersuara keras. ANAS senyap, dia sama seperti AKAL, terpinga2 mengingatkan kejadian sebentar tadi.

"Adik, Along kate bangun!"

Hah??

AKAL tidak percaya dengan apa yang didengarinya. ISLAM, presiden persatuan Islam yang amat disegani, adalah abang kandung kepada ANAS yang terang2an dilabel sebagai pelajar bermasalah teruk.

"Along..." ANAS tidak bangun langsung. Dia hanya mampu memerhatikan lengan ISLAM yang berlumuran darah.

*****

AKAL melirik pada jam di dinding. Pensyarahnya masih galak mengajar kalkulus di hadapannya. Tangannya turut pantas menyalin nota. Nak dekat buka puasa ni. Terlari sebentar tumpuan AKAL apabila perutnya berkriuk bunyi. Hari pertama berpuasa memang mencabar, AKAL masih belum biasa. Tetapi dia yakin dia boleh bertahan selagi memberikan sepenuh tumpuan pada belajar. AKAL meneruskan menulis.

"Abg KAL berbuka dengan apa nanti?"

Ahh, sudah.. Perutnya semakin berlagu merdu.

AKAL menjeling pada gadis di sebelahnya. Entah bagaimana silapnya dia duduk bersebelahan MATA. Sejak akhir2 ini, gadis itu terlalu merimaskan.

"Kitorang makan Maggi je.." LOGIK teman sekelas dan juga teman sebilik AKAL menyahut. Dia tahu AKAL tidak selesa dengan MATA.

"Aih, kan kite kena boikot." Hampir meletus tawa LOGIK tidak menyangka itu yang keluar dari mulut gadis semoden MATA.

"Cliche je. Mee Ruski! Lagi sedap!" AKAL menaikkan ibu jarinya. Satu sengihan diberikan pada MATA dengan harapan gadis itu akan berhenti bertanya. LOGIK turut mengikut gaya yang sama.

"Loh, ape makan tu je. Ape kate kite pergi bazar nak? I belanja." Bagi MATA, mood AKAL kelihatan baik sahaja. Sesungguhnya manusia ini celik matanya, tetapi buta hatinya..

Pulak dahh.. Tak nak! Tangan LOGIK disiku minta pertolongan apa yang hendak dijawab. AKAL tidak sampai hati untuk menolak. LOGIK memberi reaksi mengangkat bahu tanda tidak tahu.

"Err... Orang mengantuk disorongkan bantal." Ape pulak aku bermadah neh.. Lain yang dikatakan dalam hati, lain pula yang terkeluar dari mulut AKAL. Ditoleh pada LOGIK di sebelahnya.

Nasib kau la KAL.. Pandangan mata teman rapatnya itu mengatakan begitu.

Selesai kuliah, LOGIK pulang ke rumah manakala AKAL dan MATA bergerak ke arah yang bertentangan menuju ke pintu gate kampus.

"You nak beli ape? I ingat nak beli kuih2 dan..ha, sup tulang. Pastu..." MATA berkira2 dengan jarinya. (sup tulang..nyum3~)

"Ape2 ajela.." AKAL menjawab sambil lewa. MATA masih bercerita panjang lebar, tetapi tidak masuk ke telinga AKAL. Dia lebih tertumpu pada kelibat seseorang yang berada beberapa meter jauh di hadapannya. Tragedi malam tadi berputar kembali di benaknya.

"Assalamualaikum.." Terhenti langkah AKAL dan MATA ditahan ISLAM. Salam itu dijawab serentak.

"KAL, nak pegi mane?"

"Nak pegi bazar jap."

"Eh, jomlah pegi iftar jami'e kat musolla tu." Iftar? Mata AKAL bersinar.

"Ya Allah, iftar! MATA, I lupa I dah plan nak berbuka kat surau.. I'm so sorry." Bagaikan satu keajaiban jatuh di hadapannya, AKAL pantas menggunakan itu sebagai alasan walaupun dia sememangnya tidak tahu menahu langsung tentang iftar tersebut. Dahinya ditepuk berkali2 dan bersungguh2 untuk meyakinkan MATA.

"Adik tak nak ikut sekali? Marilah. Sisters ramai tu." Sopan suara ISLAM mengajak gadis bertudung di hadapannya. MATA menggeleng.

"Takpela Abg IS, saya dah janji dgn housemates bukak pose kat rumah. Saya pergi dulu, bye." MATA tersenyum nipis lalu berlalu.

Minta maaf MATA, aku tidak bisa...

*****

AKAL memerhatikan ISLAM. ISLAM berlagak biasa dan tidak lekang dengan senyumannya seolah2 kejadian semalam tidak pernah berlaku. AKAL merasa pelik. Betulkah ISLAM sebaik yang diperkatakan orang lain?

"Weh, kau nak tahu something tak? Pasal si GEMUK!" AKAL yg sedang menyidai baju di ampaian berhampiran biliknya terdengar perbualan itu. GEMUK adalah teman sekelasnya di 4IS yg sangat pendiam dan jarang dilihat berteman dengan sesiapa.

"Ade ke patut dia ajak aku datang bilik dia ajar baca Al-Quran." AKAL terhenti, dia menjengukkan kepala mengintai pada tingkap yang terbuka sedikit.

"Loh, yg ko pegi rapat sgt dengan dia buat apa?" AKAL merasakan dia kenal suara itu.

"Dah tu, ustaz pesan kita kena layan semua org dengan baik. Aku senyum jela kat dia. Tak sangke melekatla pulak.. Aduhai.." Sememangnya benar sangkaan AKAL, mereka adalah ahli surau.

"Ha..ha.. Kau tahan jela. Aku dengar bilik dia berbau giler." Dan salah seorang itu adalah ketua ahli surau!

"Bukan setakat bilik, tuan bilik pun sama! Ha..ha.." Tawa mereka bergema di dalam bilik. Saat itu juga AKAL terpandang GEMUK tertunduk bersandar di dinding berhampiran, ada air mata berjujuran.

Seminggu kemudian, GEMUK sudah pindah sekolah. Tiada siapa pun ambil peduli ketidakhadiran GEMUK, tetapi tidak bagi AKAL. Terpandangkan ahli surau, AKAL menjadi jelek. Sikap baik yang ditunjukkan membuatkan AKAL bertambah meluat. Malah, pelbagai perkara yang tidak elok tentang mereka didengarinya, "cakap tidak serupa bikinla", "gila kuasa", "budget bagus" dan...

"Abg KAL, bangun kejap." Terpotong lamunan AKAL.

Kacau daun betullah budak ni. AKAL bangun dan berganjak daripada memijak tikar yang sudah sedia hendak digulung. Tatkala itu juga dia terlihat ISLAM terbongkok2 menggulung tikar tidak jauh dari tempatnya berdiri. Walaupun ISLAM berlengan baju panjang menutup tangannya, masih terbayang2 darah yang mengalir dari tangan yang menyelamatkan nyawanya itu.

"Eh, biar aku buat." AKAL menghampiri ISLAM dan menyudahkan gulungan. Kemudian, dia berpindah ke tikar yang lain pula. Ditegah ISLAM membuat sebarang kerja. Pinggan mangkuk juga tidak dibenarkan dikemas oleh ISLAM. Lupa sebentar dia pada persepsi negatifnya terhadap pemuda seperti ISLAM yg sudah lama tertanam sejak dahulu.

"Thanks bro tolong aku tadi. Aku sebenarnya rimas giler dgn perempuan tuh. Macam2 hints aku dah bagi, tapi tak makan saman arr.." AKAL mengambil gelas2 plastik di tangan ISLAM, hanya itu sahaja yang direlakan ISLAM usik. Dia mengambil peluang ini untuk berterima kasih pada ISLAM. Namun, dirasakan seakan luahan perasaan pun ada. Betapa menyesalnya dia melayan MATA dahulu, kini MATA berlagak seperti teman wanitanya. Salah dirinya juga cuba berkawan dgn MATA untuk menghilangkan kesedihannya tetapi lama-kelamaan AKAL merasakan jiwanya semakin kacau dek MATA. Rimas tetapi tidak sampai hati pula untuk menolak bulat2.

"Bukankah manusia itu mmg buta hati? Mata kasar mereka tidak boleh menilai sesuatu yg tidak jelas." AKAL menoleh ke kirinya menatap wajah ISLAM, jernih. Kata2 ISLAM terlalu asing didengar.

"Dalam Islam, berbincang itu penting. Ya, kita rasa lega berkongsi rasa tidak senang hati dgn membe kita. Tapi tu utk jangka masa pendek aje, jangka masa pjg plak macam mana? Masalah sebenar akan terus menerus berlaku kalo tak melibatkan kedua2 empunya badan." Terdiam AKAL mendengar kata2 ISLAM itu, dahinya berkerut merasakan satu perasaan yang aneh meresap ke jiwanya. Tidak diketahui apa. Hatinya memberontak keliru, diselesaikan mengemas tanpa berkata apa-apa.

"Bro IS. About yesterday, urm.. Thanks." Lama barulah suaranya memecahkan kesunyian. AKAL rasa bersalah yang amat.

"No prob. Aku yang patut berterima kasih pada kau sebab tolong ANAS."

"Takdela. Aku pun tak tahu knape aku berani plak tiba2."

"Allah yang telah menggerakkan hati kau. Dan Allah jugak membawa aku tepat pada masanya untuk selamatkan kau." Kata2 asing itu kedengaran lagi. AKAL terdiam.

"OKlah KAL. I've got to go. Datangla lagi esok, banyak makanan ni."

"No thanks. Esok sibuk sikit, assignment due banyak." AKAL memberi alasan. ISLAM tersenyum saja.

"Faham." ISLAM menghulur tangan dan disambut AKAL. Tatkala satu pelukan erat dirasakan, AKAL terpana. Dia memandang ISLAM.

Kau dan aku tak pernah kenal. Bisik hati AKAL. Pelukan itu.. Bagai memeluk abangnya sendiri.. Bahkan, lebih erat lagi.

*****

Lelaki itu meraba2 dalam kegelapan..

Sunyi.

Digagahkan kaki melangkah ke hadapan.

Kosong.

Dia menangkap bunyi manusia.

Meriah.

Dipalingkan badan ke belakang.

Putih.

Kelihatan lelaki2 berpakaian serba putih.

ISLAM.

Ya, lelaki itu nampak ISLAM.

Lambai.

ISLAM melambai padanya.

ISLAM!

Lelaki itu menghampiri.

Jauh.

Bayangan mereka menjauh.

Tidak!

Senyuman ISLAM semakin menghilang.

ISLAM!!!









Gelap.

Mata AKAL terbuka luas. Peluh basah memenuhi dahinya. Dipandang keliling, cahaya samar2 itu sudah cukup menyedarkannya bahawa dia sedang terbaring di dalam biliknya. Tadi hanyalah mimpi. Tetapi adakah itu adlh mainan tidur semata?

*****

"Bro!" AKAL menoleh ke belakang. Kelihatan kelibat LOGIK.

"Apsal kau ni? Malam tadi balik rumah pengsan terus. Pastu pagi2 bute plak kau dah hilang, bukannya ada kelas pun. Study ke bro?" Bertalu2 soalan ditanya oleh LOGIK.

"
Aku takde pape." Lemah suara AKAL.

"Kau OK ke tak ni?" LOGIK memeluk bahu sahabatnya itu. AKAL memandang kosong tangan di bahunya itu.

"Kau dan aku tak pernah kenal, ttpi pelukan itu terlalu erat."

"Abg KAL!" Ada satu suara nyaring memanggil tidak jauh dari mereka. AKAL kenal suara itu, ia milik MATA. Namun begitu AKAL langsung tidak menoleh ke arah MATA yang hampir 2 meter jaraknya dengan mereka berdua. Langkahnya masih tidak dihentikan.

"Abg KAL tak dengar MATA panggil ye?" Sempat pula gadis itu menyaingi mereka dengan kasut tumit tingginya. AKAL menggeleng. Dia masih berdiam diri.

"Abg KAL..." Tangan AKAL ditarik MATA.

"Bukankah manusia itu celik matanya, ttpi buta hatinya?"

"
Woi, jgn sentuh aku la! Kau tahu tak kau tu perempuan? Kau ingat baju terbelah sana sini tuh cantik?? Bandingkan kau dengan HATI, jauh langit dgn bumi tahu tak?! Cuit aku pun dia tak pernah! Aku takkan terima kau!! TAKKAN." Terkejut LOGIK dan MATA dengan reaksi AKAL yang tidak disangka2 itu.

MATA terkesima, mulutnya sudah ditutup dengan tangan. Ada air yg bertakung di sepasang mata itu.. Terus dia berlalu meninggalkan AKAL dan LOGIK.

"Bro, kalo nak tegur pun janganlah marah macam tuh. Perempuan tuh, bukan lelaki."

"
Kalau lelaki macam mane? Macam ni?!" AKAL menarik kolar LOGIK, segenggam penumbuk diajukan tetapi berhenti betul2 dekat dengan muka temannya itu..

"Thanks bro selamatkan aku semalam."

"Urm..KAL." Saat itu juga satu suara garau menyapa dengan ragu-ragu.

"
Ape??!" Terjegil mata AKAL merenung tajam rakan sekuliahnya yang baru saja tiba.

"Prof... ehem..Prof. GURU... Dia panggil." Tersekat-sekat suara pemuda itu. Medengarkan hal itu, AKAL melepaskan genggamannya. Dia melangkah berat ke bilik lecturernya meninggalkan dua lelaki itu. Apa yang telah berlaku tadi? Kedua2nya terpinga2 dalam perasaan mereka yg bercampur baur antara geram dan setiakawan.

"Ade ape ni Prof?" Keras sahaja bunyi suara itu. Profesor muda itu mendongakkan kepalanya, aksi AKAL selamba sahaja.

"Ade ape kamu kate?? Mana assignment kamu??"
Assignment? AKAL tersedar. Dia lupa. Suara itu terngiang2 lagi.

"Datangla sini lagi."
"Takpela. Esok sibuk sikit, assignment due banyak."

"What's wrong with you?" AKAL masih diam.

"I have to give you zero mark. Kamu boleh keluar sekarang." AKAL tercengang. Dia betul2 tidak berada di bumi yang nyata sekarang ini. Dia melangkah longlai ke arah pintu dan keluar.

Apakah yang telah berlaku? Assignment. MATA. LOGIK?! Astaghfirullahal'azim.. AKAL meraup mukanya berkali2..

AKAL teruskan menapak sehingga sampai pada satu lorong, lorong yang kebiasaannya digunakan para mahasiswa dan mahasiswi untuk ke surau. Mimpi semalam hadir kembali. AKAL membiarkan sepasang kaki memandu dirinya, lalu menembusi lorong tersebut. Semakin jelas bangunan berwarna putih itu, semakin galak mimpinya malam tadi bertalu-talu terimbas di benaknya. Sebaik sahaja tiba di surau, AKAL terus mencari kelibat ISLAM. Jiwanya kacau. Berkali2 dia mengelilingi surau.. Melangkah dan melangkah lagi sehinggalah bahunya disentuh dari belakang...

"KAL, kau carik sape?" Tatkala AKAL memusingkan badannya, dia terlihat senyuman yg amat dikenalinya.

ISLAM!

AKAL terus menerpa memeluk ISLAM. Bergenang air matanya, tenang. Amat tenang. Senyuman itu mekar di bibir ISLAM lagi. Ya, bukan senyuman wanita saja yang indah, bahkan senyuman insan bergelar lelaki juga..

"Kau OK?" ISLAM bertanya dengan nada prihatin, pelik juga. Pasti ada yg tidak kena.

"Allah yang telah menggerakkan hati kau. Dan Allah jugak
membawa aku tepat pada masanya untuk selamatkan kau."

"Aku OK. Jangan risau." AKAL tersenyum. Ikhlas. Dia tekad mahu mengenal ISLAM lebih dalam termasuk orang di sekelilingnya yg sememangnya boleh dibezakan drpd pelajar lain. Apa yg berbeda? Apa yg mereka sering lakukan? Mengapa?

Pulang daripada surau, AKAL duduk di hadapan laptopnya termenung jauh. LOGIK tiada di dalam bilik. Dia pun tidak tahu apa yang perlu dilakukan sekarang. Cuma yang dia tahu kini dia ada tujuan baru, selain belajar semata2. AKAL tersenyum nipis, laptopnya dibelek2. Terasa ingin memeriksa email, AKAL membuka inbox Yahoo! mail dan scroll melihat2 email lama. Matanya tertancap pada satu subjek email yang dihantar oleh persatuan Islam beberapa hari lepas. Masih belum dibaca.

"Iftar Jam'ie di musolla." AKAL tersenyum sinis. Dia tahu pastinya dia terus mengabaikan email itu sebaik sahaja mengetahui 'sender'nya adalah persatuan Islam. AKAL terlalu prejudis dahulu, aktiviti islamik tidak langsung dipandang sebelah mata. Lagipun, dia terlalu sibuk dengan belajar. Baginya, masanya lebih berguna dengan menelaah dan menyiapkan assignment.

Assignment? AKAL mengeluh. Mendapat markah kosong bagi satu kerja kursus bermaksud dia mempunyai peluang untuk gagal. Apa gunanya segala penat lelah dia bertungkus lumus belajar selama ini? AKAL melepaskan nafas berat. Dia mengambil keputusan untuk tidur, mengurangkan rasa pening di kepala.

Sabarlah KAL.. Allah menentukan segalanya.. AKAL memujuk hatinya. Baru sahaja sign out, reminder Yahoo! muncul di screen laptop menandakan email baru diterima. AKAL mencapai mouse dan klik.

SAYA BERI MASA DUA HARI UNTUK KAMU SIAPKAN ASSIGNMENT KAMU. DON'T BE LATE!
-PROF. GURU

*****

"Kau tahu ukhuwwah fillah itu apa?" ISLAM bertanya pada AKAL pada suatu hari.

"Urm.. Tak." AKAL menjawab jujur. Bunyinya seperti bahasa Arab dan AKAL sememangnya tidak pernah belajar bahasa Al-Quran itu. Setakat ana, ummi, na'am dan la tahulah.

"Seperti kita dan dia ni..." ISLAM menepuk bahu seorang pemuda berhidung mancung yang sedang mengelap meja makan berhampiran mereka.

"Aiyo, IS. Apa kena dengan saya?" Lelaki itu bertanya dengan loghat Pakistannya sebelum ISLAM sempat menyambung kata2nya. AKAL tergelak kecil.

"Jangan risaula, saya bukan nak mengata kamu. Ha, kamu ingat tak ayat yg pertama sekali yang saya kata pada kamu dulu?"

"Aaa.. Teh'O ais satu ka?" Mendengar jawapan itu, AKAL dan ISLAM ketawa dan kemudiannya disertai oleh pemuda Pakistan itu. Mereka tahu dia hanya bergurau.

"Aku cakap, assalamualaikum.." ISLAM menggeleng2kan kepala. Lelaki Pakistan yang sudah dianggap sebagai temannya itu memang amat suka bergurau.

"Ya betul! Okay IS, KAL, saya hantar pinggan ini ya." ISLAM dan AKAL mengangguk sambil menghantar pemuda itu berlalu dengan pandangan mereka. Dahulu, tika lelaki itu termangu2 mendengar orang melayu berbicara, ISLAM hadir menghulur persahabatan. Dahulu, lelaki itu tidak kenal ramai orang, apatah lagi ingin memulakan bicara perkenalan tetapi ISLAM banyak membantunya sehinggalah dia fasih berbahasa melayu. Kini, dia bangga dapat mengenali ISLAM dan ditambah pula dengan kehadiran AKAL.

Setelah kelibat lelaki itu hilang dalam kesibukan ramai, ISLAM dan AKAL kembali dalam topik perbualan, "Dengan satu ayat itulah perkenalan bermula. Dengan nama satu agama itulah aku tak kisah tegur dia. Gelap ke, hidung pesek ke, pipi tersorong2 ke, semua sama. Apa yang sama? Dalam ni." ISLAM meletakkan tangannya pada dada.

"Hati?" AKAL meneka bahasa isyarat ISLAM.

"Ya, dalam hati ini ada aqidah kita. Kepercayaan pada satu agama yang sama, iaitu agama Islam." ISLAM menghirup saki baki air di hadapannya.

ISLAM menyambung lagi, "Tengok, hanya dengan title 'muslim' kita sudah bersaudara. Orang Kelantan ke, Brunei ke, Palestin nun jauh di sana pun saudara kita tahu. Saudara seIslam."

"A'ah, betulla kate kau tuh.. Jadi, apa kena mengena dgn ukhuwwah fillah tuh. Ukhuwwah tuh aku tahulah ape, macam hubungan or persaudaraan. Tapi fillah tuh ape plak?"

"Fillah tuh adalah gabungan 'fi' dan 'Allah'. Ukhuwwah-fi-Allah, ukhuwwah-kerana-Allah."

"Ukhuwwah kerana Allah?" AKAL mengangkat keningnya. ISLAM mengangguk2.

"Ambil dua gelas ini dan satu straw." ISLAM mengambil gelasnya yang sudah kosong dan gelas yang masih berisi air di hadapan AKAL. Disusun satu di kiri dan satu lagi di kanan tidak jauh di antara duanya. Satu hujung straw itu diletakkan pada salah satu mulut gelas tersebut dan hujung yang lain pada gelas kedua.

"Ini aku." ISLAM menunjuk pada gelas kosong.

"Ini kau." Ditunjuk pada gelas AKAL yang separuh penuh dengan teh'O.

"Ape kegunaan straw ni? What do you think?" ISLAM mengajukan pertanyaan pada AKAL.

"Hurm.. Straw tuh macam menyambungkan antara kau dan aku. Like a bridge."

"Betul. Kalau bridge ni hilang?"

"Hilanglah penghubung antara kita."

"Ya, betul! Without this straw, our relationship will never exist. This straw symbolises 'kerana Allah'. Kerana Allah, aku dan kau berhubung. Kerana Allah, aku memberi salam pada kau. Kerana Allah, aku menjaga hubungan baik dengan kau. Kerana Allah, aku menyelamatkan kau daripada keburukan. Kerana Allah, aku menegur kau ke arah kebaikan. Dan kerana Allah jugalah, aku bersahabat dengan kau." ISLAM berhenti seketika. Dia memandang sekeliling.

"KAL, give me that box of tissue." AKAL mencapai kotak tisu daripada meja kosong berhampiran mereka. ISLAM menggantikan gelas AKAL dengan kotak tisu tersebut dan meletakkan straw persis seperti tadi.

"Skrang ade hubungan tak?" ISLAM bertanya lagi.

AKAL berfikir sebentar sebelum ragu2 menjawab, "Ada." ISLAM tersenyum.

"Kotak tisu ni memangla lain daripada gelas tadi. Tapi straw ini masih sama. Analoginya, asalkan dalam hati kita ini ada aqidah yang sama, iaitu beriman pada Allah, kita masih bersaudara. Ambillah kerusi ke, kasut ke, kuih karipap ke ganti kotak tisu ini, asalkan hati kita itu mengatakan kerana adanya agamamu dalam dirimu itu aku menyayangimu wahai sahabat, telah terbina ukhuwwah fillah di situ. Lebih tinggi nilainya daripada sekadar sepatah 'ukhuwwah' tahu." Panjang lebar ISLAM bercerita. AKAL tersenyum penuh makna dan mengangguk2 faham.

"Em, jom blah. Lame la pulak kita lepak ni." ISLAM mengingatkan AKAL. Jam di tangan dibelek, sudah pukul 4.30pagi. Saja ingin merasa bersahur di kedai makan, lagipun masjid tempat mereka solat qiamullail tadi dekat dengan tempat itu. Mereka pulang menaiki kereta dipandu ISLAM.

Tidak berapa lama kemudian, mereka tiba di perkarangan rumah AKAL.

"Bro." AKAL menjenguk ke tingkap kereta setelah turun.

"Aku sayang kau fillah." Sambil mengucapkan kata2 itu, AKAL memberi tabik hormat. Satu sengihan dihadiahkan.

ISLAM menggaris senyuman.

*****

AKAL menarik nafas dalam sambil bersandar pada dinding gimnasium. Dia memerhatikan ISLAM dan ANAS yang sedang galak bermain bola tampar. ANAS sudah berubah. Darah muda memang senang terjebak dengan perkara2 begitu, tambahan lagi setelah kehilangan kedua orang tua dalam kemalangan jalan raya beberapa tahun dahulu (pesanan penaja-pakai seatbelt.pki jgn xpki!). Manusia ini memang fitrahnya mudah lupa, tak kiralah dari segi tanggungjawab, janji, dan sebagainya.. Termasuklah diri AKAL sendiri, AKAL akui itu. AKAL tersenyum memandang satu2 sahabat di hadapannya kini. Mereka bukan seperti yg dia fikirkan dahulu. Mungkin teman2 sekolahnya yang dahulu itu masih tidak betul2 faham Islam, iyela, seperti dirinya juga.. Mata AKAL terhenti pada ISLAM.

Penyelamatku..

Hari ini sudah masuk hari yg ke-24 semenjak kejadian pada 1 Ramadhan berlaku, dan selama itulah AKAL dan ISLAM menjadi semakin rapat. Waktu petang begini, mereka sering turun padang beriadah. Kadangkala LOGIK dan ANAS akan turut serta. Pada sebelah malam pula mereka bergerak ke surau berbuka puasa beramai2 dan solat terawih. Walaupun surau agak jauh, tetapi AKAL tidak pernah rasa terbeban. Dia suka berada di surau itu lebih2 lagi di samping ISLAM. Tetapi ISLAM sentiasa mengingatkan makna kasih kerana Allah, cinta padaNya, kepercayaan dan kebergantungan padaNya, hidup berpandukan Al-Quran dan macam2 lagi. Kalau dulu dia masih mengejar cinta HATI, kini dia redha. Kalu dulu dia tidak percaya benda2 ghaib, kini dia sudah mula faham. Segala2nya berubah hanya kerana perkenalan dengan seorang sahabat.

"Chop2!" ISLAM memberi signal time out pada teman2nya. Dia keluar dari gelanggang dan duduk di sebelah AKAL. Untuk beberapa ketika, masing2 diam menonton pelajar2 lain bermain.

"Aku sangat risaukan ANAS." Tiba2 ISLAM bersuara.

"Jangan risaula. He looks fine. Besides, he has both of us. To help him. Ingatkan dia. InsyaAllah dia boleh buang gian kat 'benda' tuh. Pecayelah kat aku!" AKAL menepuk2 bahu ISLAM penuh bersemangat.

"Ye, aku pecaye punyelah kat kau!" ISLAM menumbuk bahu AKAL. AKAL sengih.

"Jom join diorang." ISLAM bangun.

"Erk, aku penat dah.."

"Last je nih. Kau set baek punya, aku nak spike."

"Last okay."

"Ye, last."

*****

"KAL, bangun." AKAL membuka matanya. Dia menghampiri ISLAM yang terbaring di atas katil dengan wayar yang berselirat. Kudis penuh di muka dan tangan ISLAM.

ISLAM... Sayu AKAL memandang keadaan sahabatnya itu. Air mata AKAL menitis.

"Kenape kau menangis?"

"Kenape kau diuji begini?"

"Ini memang salah aku KAL. I'm the one who done this to myself, aku redha terima balasan dariNya."

"Tapi..."

"Jgn tangiskan pemergian aku.." ISLAM terbatuk2 dek terlalu laju memotong kata2 AKAL. AKAL mencapai gelas dan menuangkan air lalu diberikan pada ISLAM. Lega sedikit tekaknya yg kering meneguk air itu.. Masih perit tetapi digagahkan juga menyambung kata2nya.

"Kau pastikan ANAS tak mengikut jejak aku. Dia masih boleh diselamatkan. Jangan sampai dia mendapat HIV positif seperti aku." AKAL menatap wajah ISLAM, dia masih risaukan orang lain?

"Kenape kau begitu tenang?" AKAL mengesat air matanya yang bergenang. ISLAM terlalu kuat. Jika dia, pasti dia akan berendam air mata mengenangkan mati yang bakal tiba. Cukupkah amalannya? Cukupkah untuk masuk ke syurga? Cukupkah untuk ISLAM mengelak dari api neraka? AKAL risaukan sahabatnya itu. Dan, yg paling meruntun jiwanya... AKAL akan kehilangan ISLAM...

Last. Rejaman lompatan yang dilakukan oleh ISLAM pada hari itu sememangnya adalah yang terakhir. Sebaik sahaja ISLAM mendarat di tanah, dia terus rebah. Ketika dikejarkan ke hospital, ISLAM membuka cerita. Tiada siapa yg tahu bahawa dia mempunyai sejarah hitam dengan dunia penghancur bangsa.

Ya, dadah durjana.

AKAL mengepal tangan. Dia benci dengan dadah. Tetapi untuk membenci sahabat di hadapannya ini, tidak mungkin sama sekali. Jika Allah Maha Penerima taubat, siapalah dia untuk mempertikaikan perubahan seorang insan daripada buruk kpd baik. Apatah lagi ia adlh seseorang seperti ISLAM.

Lelaki yang mengejar ANAS dahulu juga merupakan bekas pembekal ISLAM yg ketika itu masih dalam degree. Kepalan tangan AKAL semakin kuat. Setelah kematian ibu bapa, ISLAM sudah cuba memulakan hidup baru demi satu2 adiknya, ANAS. Namun begitu, tanpa disangka2 sang jahilliah terlebih dahulu mencekup ANAS, mengikut jejak ISLAM yg dulu. Kehadiran AKAL pada hari itu menjadi titik perubahan pada ANAS, ISLAM bersyukur sangat2. Hari pertama Ramadhan yang cukup bermakna baginya..

"Kerna aku tak nak kau menangis." AKAL menundukkan kepalanya mendengar kata2 drpd ISLAM itu. Esok Ramadhan terakhir.

"IS, jika aku dipanjangkan umur for the next Ramadhan, aku nak bersama dengan seseorang seperti kau. I was hoping it's gonna be you." Perlahan2 ISLAM mengukir senyuman. Bibirnya merekah kering. KAL, setinggi mana ego kau, aku tahu kau bagai anak kecil.

"Kau boleh jadi aku. Bukan jasad yg mengikat kita.. " ISLAM berhenti menarik nafas. Sesak.

"Tapi hati. Ikatan hati kau dan aku.. Kau berada di dalam hatiku. Aku, dalam hati kau." AKAL menundukkan kepalanya lebih dalam. Air mata sudah bertakung, dia cukup terharu. Tapi aku tidak mahu kehilangan kau, ISLAM.. Ya Allah, tenangkanlah hati hambaMu ini..

"Katakan..sekali lagi." AKAL mengangkat mukanya dgn riak penuh tanda tanya. Apa yg IS maksudkan?

"Yang itu.." Dengan lemah ISLAM meletakkan tapak tgn pada dadanya. AKAL tahu. Dia sudah tidak mampu menahan air matanya daripada luruh.

"Uhibbu..ka...fillah..." Esakan AKAL kedengaran. Dia tidak pernah tahu rasa sakitnya perpisahan melainkan ini. Lebih teruk daripada kehilangan HATI. Runtuh egonya di hadapan seorang lelaki bergelar sahabat. Ya, dia terlalu sayangkan sahabatnya itu.

Ya, kerana Allah, aku dan kau bersahabat... Dan kerana Allah, aku melepaskan kau kembali padaNya...