Wednesday, September 9, 2009

Guru Kita Yg Bernama SUSAH


Sedih,
Tidak.
Jangan kau hadir,
Kerna kesusahan lalu itu,
Kini bukanlah jalan di hadapanku..

Syukur,
Ya..
Syukur padaMu, Ya Allah..
Kerna parut-parut itu,
Kini adalah perhiasanku..

Inilah imanku,
Inilah aqidahku,
Hasil seni qada' dan qadarMu..

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
Surah Al-Baqarah ayat 216

Saturday, August 29, 2009

"Cintaku bukan terletak pd mithali"
Aku tak setegas Hassan bin Ali,
Yg mampu berdiri gah di sebelah Hussein.

Aku tak seberani Fatimah bin Khattab,
Yg mampu bertaranum di hadapan Umar.

Aku bukanlah sang mithali,
Baik adik mahupun kakak.

Tapi aku adalah Syahira,
Yg masyhur..
Aku juga si putih Syiro,
Dan aku juga Syira,
Manis.

Mereka lupa?
Mereka kabur?
Aku akan muncul.
Aku akan terangi.
Aku akan sampaikan janji,
Bahawa kemanisan syurga Allah itu..
adalah pasti.

*syahira=masyhur(Arabic)
syiro=putih(Japanese)
syira/sheera=manis(Urdu-Pakistan->special thanks to nadia(^-^))

insyaAllah,I'll try my best to describe the poem in English. Translating it into English wouldn't be a good idea as it sounds so weird to me..hehe.Hurm, I think I need to learn more about poetry.I'm going to be an English teacher teaching literature though;p

Stanza 1:
The write says that she is not as rigorous as Hassan bin Ali (the grandchildren of the Prophet Muhammad (saas)) who was able to stand next to Hussein with much pride (his elder brother).

Stanza 2:
She's not as courages as Fatimah binti Khattab who was able to recite Quran in front of Umar (her brother).

Stanza 3:
She's not the perfect one, whether as a younger sister or the elder.

Stanza 4:
But she's Syahira which means famous. She's also the white Syiro.And she's also Syira, sweet.

Stanza 5:
Then,the writer put up some questions, the first one is 'they (the musleemah around the world) have forgotten?' and the next one is 'they have unclear visions?'
She said she will appear and lit them with the light of truth. She will deliver the promise of the divine sweetness of Allah's heaven which is definite.

Thursday, August 27, 2009

TANGAN yg menghayun buaian itu adlh TANGAN yg menggoncang dunia.





sy budak bru belajar..akan diedit ag.feel free to comment(^-^)

Wednesday, August 19, 2009

Hidup ini?Ohh,of coursela bout excellent result..What else?-AKAL

Aosis: Cinta Sempurna
Soundtrack: Yuna - Cinta Sempurna

Yes, this life is not only about seeking for excellent results or finding a perfect husband to be.
Kisah sebenar sorg Ustaz mengajar sorg gurl mencari Cinta Sempurna.
Although ade parts of the story yg diubah2 sikit, smoga mesej yg baik yg ditafsirkan oleh semua daripada cerita ni..ameen~

Monday, August 17, 2009

Episod 4: Cinta adik

Tibe2 terengat adik beradik, especially adik llki (satu2nye adik) kat mesia tuh..
Entry ni bkn cite yg dmaksudkn ending tuh,just kongsi same2(^-^)
bce jgn xbce!hehe..

*****

Selesai makan, HATI dan adik2nya yang lain berehat sebentar di ruang tamu menghadap televisyen. Seperti yang dijangka, cerita cinta menjadi tema cerekarama yg mereka tonton.

Takde cite lain ke? Media skrang neh mmg motif dorg nak tanam rase kebiasaan cinta mude kat sume org ke?
Bayangkan drpd 24jam sehari, lebih stgh drpd itu manusia menghabiskan masa mereka di hadapan televisyen. HATI mengeluh. Dipandangnya satu2 muka adik2nya yg sedang leka menatap kaca tv.

Adik2ku, ape korg pikirkan agaknye? Betul ke formula 'mind control' itu? Siri 'The Arrivals' hadir dlm benaknya.

"Akak, cinta tuh ape?" Si kecil bersuara, menghilangkan lamunan HATI. HATI menatap wajah adik bongsunya itu.

"Cinta tuh.." Diangkat gadis kecil itu duduk dipangkuannya, bersama2 teddy bear yg berada di dlm pelukan.

"...macam ummi dengan adik."

"Ummi dengan adik? Tapi, ummi ngan adik kan pompuan. Nape orang dalam tv tuh laki ngan pompuan?" Adik kedengaran tidak puas hati.

"Eh, cinta ni ade byk tau. Bukan lelaki dgn pompuan je, pompuan dgn pompuan pun boleh. Kalau dengan lelaki pun, tak semestinya sama umur.. Tengok, mcm abah. Abah tuh kan lelaki tp tua dah. Adik sayangkan abah tak?"

"Abah?" Adik menjengukkan kepala pada abah yang khusyuk membaca akhbar di kerusi makan. Terlihat kedut2 tua dan uban yg merimbun pada kepala abah.

"Sayang!" Ceria sahaja riak muka Adik. Lucu HATI melihatnya, kanak2 memang innocent. HATI menyambung lagi..

"Sayang tu, maksudnya cinta. Contohnya macam.. Bila adik sakit, abah bawak pergi klinik. Ummi pulak jaga adik malam2. Bagi makan, bagi minum.. Ummi tak tido tau." HATI mencuit hidung Adik.

"Hah? Ummi tak tido?? Ye ke?? Adik tak nak sakit lagi.." Air muka Adik berubah sedih.

"Wah, adik pun cintakan ummi ye?" Anggukan laju menjawab pertanyaan HATI.

"Mestila, adik kan sayang ummi. Cikgu kate, kite kena sayang emak kite. Sebab emak kite lah yg lahirkan kite. Adik, KakNgah, BangLang, BangChik dan Kak ATI pun keluar daripada perut ummi tau." Panjang lebar Adik bercerita. Dicuit pula hidung HATI dgn mimik muka yg sama dibuat oleh HATI sebentar tadi. HATI tergelak kecil, pandai pula adiknya itu mengusik.

"Ha, kalo gitu, ummi pulak sape yang lahirkan?"

"Oh, wan."

"Wan pulak, sape yang lahirkan?"

"Nenek!"

"Nenek pulak?"

"Aaa.. Mak nenek!"

"Mak kepada mak kepada mak nenek?" Serabut kepala Adik mendengar soalan HATI. Dia mengira2 dengan jarinya.

"Kalau adik nak tahu, semua orang termasuk nenek, wan, ummi, Kak ATI, Adik dan ramai lagi orang lain asalnya Allah yang cipta." HATI menghulur jawapan dlm menahan tawanya, lucu. Adik yg terhenti daripada mengira berfikir sebentar.

"Cipta tuh ape?" Adik bertanya lagi.

"Cipta itu macam teddy bear adik neh. Adik tahu tak sape yg buat teddy bear ni?"

"Tahu! Acik kedai kate mak cik kilang yang buat." Ingatan Adik berputar kembali tika dia sempat berceloteh dengan wanita tua di pasaraya tempat teddy bear kesayangannya itu dibeli dahulu.

"Haa, teddy bear ni ade, sebab ade mak cik kat kilang yang buat dia. Mule2 mak cik tuh buat kepala dia, pastu badan. Pastu amek tangan dan kaki pulak dan jahit kat badan. Cantum2 semuanya sampai jadikla..teddy bear! Sama macam adik, Allah yang buat adik tau. Tangan ni, kaki ni, hidung, mata, telinga..Allah yg buat. Lepas tu Allah letak adik dalam perut ummi." Merewang2 tgn HATI di udara, bersemangat bercerita pada Adik.

"Allah? Yang kita sembahyang selalu tuh?" HATI mengangguk2 menjawab pertanyaan Adik.

"Wah, adik nak cintakan Allah jugak!" Bersinar2 mata si kecil itu. Teddy bearnya diangkat ke udara.

"Nak cinta Allah, sembahyanglah." sambut HATI. Dia mahu Adik faham erti solat. Solat kerana Allah.

"Wahh.." Sebaik sahaja mendengar kata2 HATI itu, Adik melompat turun drpd sofa lalu bergegas ke bilik air.

"Eh, adik nak buat ape tuh?" Terkejut HATI dgn tindakan Adik yang tiba2.

"Amek air sembahyang." Terdengar sahutan suara dari dlm bilik air yg terbuka pintunya. Kelihatan Adik sudah siap sedia memakai selipar bilik air yg tiga kali ganda besar drpd kaki kecilnya. Lengan bajunya dilipat ke atas meniru gaya ummi, abah, HATI dan org lain yg pernah dilihatnya mengambil air sembahyang.

"Eh, sembahyang esok pagi pulak. Malam ni dah habis daa.." BangChik, kanak2 lincah berumur 7tahun yg sedari tadi turut serta mendengar, mencelah.

"Alaa.." Riak kecewa Adik kelihatan.

HATI tersenyum.. Adik2ku, jadilah seteguh besi. Melentur hanya pd yg haq. Menjadi perisai pd yg batil.. Bukan cinta harta, bukan cinta manusia, tapi cintakan pencipta..

Tuesday, August 4, 2009

Jika aku punya cintamu, layakkah aku mengejar cintaNya..-HATI

Star Five - Satu Cinta

Wednesday, July 22, 2009

Episod 3: Kelaziman boleh membunuh bukan?

Wah, bersemangat sungguh ku menulis ag..cptnye entry baru..huhu
tp ade mesej yg xsepatutnye pd cerite AKAL dan HATI yg memakse2 diri ni tuk mengarang continuation cite neh..
Ambillah pedoman, insyaAllah..

~AKAL itu adalah akal, HATI itu sememangnye adalah hati.~

AKAL
memasang radio.

Mendengar celoteh dalam bahasa Cina, AKAL mengubah siaran.

Mesti Minda yg tukar2 neh.

Seringkali apabila dibuka radio di keretanya itu, siaran yang sama kedengaran. Biasalah, adik bongsunya yang sering dijemput dan dihantar pulang ke tuisyen itu meminati bahasa cina. Mempraktiskan apa yang dipelajari katanya. Terasa ingin disuruh sahaja membawa kereta sendiri, namun masih tidak cukup umur pula. Hendak mengharapkan mama dan papa, mereka sibuk dengan kerja di pejabat. Lagipun, kampus AKAL dekat sahaja dengan rumah.

Kedengaran pula alunan ayat Al-Quran. AKAL menukar channel lagi.

"KAL, kan elok dengar IKIM tuh."

"Yela2." Pantas tangan AKAL menekan butang Back.

"Puas hati?" Dipaling ke tempat duduk sebelahnya, memastikan gadis itu tersenyum. Tetapi, tempat duduk itu kosong.

Aku bermimpi rupa2nya.

AKAL mengeluh, diusap matanya berkali2. Mungkin mengantuk.

AKAL memasuki kampus UiTM dan memarkir kereta. Sampai sahaja di hadapan pintu apartmentnya, AKAL tersenyum. Teringat akan pesanan HATI akan kewajipan memberi salam. Panjang lebar HATI menerangkan sebab musabab memberi salam ke rumah. Namun, senyuman itu berubah kelat.

"Assalamualaikum."

"Waalaikummussalam." Lambat teman serumah AKAL menjawab. Mereka sedang asyik bermain video game.

"Wah, ni game baru ke? Aku nak join." belum sempat melepaskan penat, AKAL tertarik pula untuk menyertai teman2nya itu. Sekelip mata dia sudah bersila di hadapan televisyen memegang controller.

"Kut ye pun pergila tukar baju tuh dulu." Teman serumah AKAL yang hanya menjadi penonton sejak tadi menegur. Tetapi tiada respons daripada AKAL.

"Weh, ko dengar x?" Sebijik bantal kusyen melayang mengenai kepala AKAL.

"Hah, dengar ape?" AKAL mengusap kepalanya. (kes boleh teleng neh)

"Pergi tukar baju tuh."

"Oh, aku ingatkan suara HATI tadi." perlahan suara AKAL, tetapi boleh dapat didengar oleh teman2nya. Tanpa bersuara, AKAL berhenti bermain lalu menuju ke biliknya. Mereka yang berada di ruang tamu pelik dengan perangai AKAL pada petang ini, kelihatan sangat berserabut.

AKAL mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluarnya. Skrin telefon dibelek.

Pada waktu begini, kebiasaannya dia sering berbalas mesej dengan HATI. Macam2 akan diingatkan oleh HATI apabila dia sudah pulang daripada universiti- ditegah terus tidur, bermain game atau melepak bersama kwn2 dan macam2 lagi. Kata HATI utamakan solat dan bersihkan diri terlebih dahulu, pesanan untuk makan pun tidak dilupakan. Persis seorang ibu. Di waktu awal perkenalannya dengan HATI, lagak HATI itu kurang disenangi. Iyela, disebabkan AKAL merupakan anak sulung, dia tidak pernah disuruh membuat itu ini di rumah, tentang solat pun AKAL belajar di sekolah. Bukan HATI tidak pernah dimarah, tetapi HATI bijak mengambil hati. Lama-kelamaan AKAL suka dilayan begitu, terasa dirinya diambil berat, tidak seperti di rumah.

Solat dululah..
*****

"Ya Allah, Kau siramilah hatiku dengan kasihMu.. Hidupkanlah jiwaku mengingatiMu.. Basahkanlah bibirku menyebut namaMu.. Ringankanlah anggotaku mentaatiMu.. Jangan Kau tarik nikmat cintaMu ini dari hambaMu yang hina ini, ya Allah. Jangan Kau tarik nikmat cintaMu ini dari hambaMu yang hina ini, ya Allah. Jangan Kau tarik nikmat cintaMu ini dari hambaMu yang hina ini, ya Allah. Dan tetapkanlah hatiku untuk terus mencintaiMu, seikhlasnya, setulusnya dan setinggi2 penyerahan- ketenangan yang abadi cukup dengan hanya cintaMu. Sesungguhnya, tiada cinta yang sebenar-benarnya kekal melainkan cintaMu.. Amin ya Rabbal alamin."

HATI melipat sejadah. Terasa tenang di dada. HATI tidak dapat menafikan kadangkala menitis air matanya teringatkan AKAL. Ingin sahaja ditaip mesej menanyakan khabar AKAL, tetapi ditahannya. Tak kan berakhir semua ini jika dia terus menerus melayan perasaan.

"ATI, meh makan meh." Kedengaran suara ummi memanggil daripada ruang tamu. HATI tersenyum.

Di kala aku leka ya Allah, Kau suluhkan cahaya dalam hidupku. Syukur, aku masih ade ummi, abah dan adik-adik.

HATI menyertai ahli keluarganya yang sedang asyik bergurau senda di meja makan.

"Okeh, meh bace doa." Semua ahli keluarga bersedia menadah tangan untuk berdoa ketika si kecil bersuara.

"Nak bace!" Tangan gadis kecil itu diangkat setinggi mungkin.

"Iye? Adik hafal dah?" Anggukan laju diterima sebagai jawapan.

"Bismillahhirrahmanirrahim.. Subhanallazi sakharalana.."

"Eh2, itu doa naik kereta la Adik." HATI memotong.

"Hah?? Yeke?" Adik melopong. Pecah ketawa semua orang. HATI ingat lagi, dulu doa itula yg diajar pada Adik ketika baru sahaja pandai bercakap. Sampai sekarang melekat dan menjadi kelaziman dibaca Adik bagi mana2 doa pun. Bahkan lagu bacaan doa menaiki kenderaan didendangkan berkali2 tanpa si kecil itu merase jemu, dan lagu itu jugala diberikan pada AKAL. Kebudak2an bukan? Tetapi comel. (betul3)

AKAL lagi.. Nasi disuap perlahan.

Sesudah makan, seperti biasa, HATI adik beradik menghadap televisyen.

Xde cite lain ke?Asyik cinta je.. HATI mengomel sendirian, namun, ditonton jua memandangkan rumahnya tidak memasang langganan Astro. Ini kerana ummi dan abah bimbangkan penyakit media yg semakin membarah dlm dunia globalisasi sekarang (ade ape dgn globalisasi?huh). Bagaimanapun, siaran TV3 tetap menjadi pilihan, there's no better choice...

Mata HATI ditumpukan pada kaca tv.

*****

AKAL sudah selesai mandi. Dia membelek telefon bimbitnya sekali lagi.

Ahh, tensionnyer! Telefon itu dibaling ke katil. Ketika sedang berpakaian, kedengaran bunyi menandakan mesej masuk.

TI!

Gopoh AKAL bersiap lalu terus mencapainya di kepala katil.

ABG AKAL BUSY TAK?
-MISS MATA

Handphonenya itu dilempar semula ke katil. Lain yang ditunggu, lain pula yang datang. Semenjak berita tentang dirinya kembali 'single' tersebar di universiti, ada sahaja mesej entah dari mana diterimanya.

Rimas.

Dulu, dia tidak begini. Mana2 perempuan akan dilayannya, baik yang ingin berkawan ataupun sudah diketahui awal2 ada udang di sebalik mee goreng (hehe). Mungkin betul kata teman2nya, cinta HATI telah mengubahnya. Dia lebih faham akan tujuan dan maksud sebenar kehidupan, tiada gunanya berfoya2 dan bersuka ria sehingga lupa asal usul dan orang keliling. AKAL membiarkan sahaja tanpa membalas. Dihenyak tubuhnya pada tilam.

Terpandang sahaja majalah, dia mencapai tangan. Tetapi terhenti.

Bayangan HATI kembali lagi. Terngiang2 suara gadis itu. AKAL bingkas bangun. Dia pasti dia perlu sibukkan dirinya dengan sesuatu.

Ya, study!

Bergegas AKAL ke dapur membuat air kopi kegemarannya kemudian kembali ke bilik, duduk di meja tulis.

"TI tak kisah ke temankan KAL pergi library?Each time kite keluar pulak tu."

"Tak kisah."

HATI yang sedang asyik mencari buku untuk AKAL berhenti seketika apabila AKAL di sebelahnya senyap, masih menunggu penjelasan.

"TI betul2 tak kisah. Rajin KAL buatkan TI sangat sangat bersemangat untuk belajar. Allah tak pandang kejayaan atau kegagalan, tetapi Allah mengira setiap zarah usaha kita itu. Banyaknye pahala KAL.. Sampai TI pun kadang2 jealous." HATI memberi penerangan kepada AKAL yang tampak kurang yakin dengan jawapan tadi.

"So, TI nak tiru macam KAL. Nampak KAL rajin buatkan TI nak jadik rajin jugak. Ape salahnye TI temankan KAL kan?" AKAL tersenyum mendengar penjelasan gadis itu. Kebanyakan gadis yang dikenalinya sebelum ini suka mengikut telunjuknya, tetapi HATI lain. Ada pendirian dan pegangan sendiri.

"Kat bilik KAL study jugak?"

"Eh, semestinye!"

Ahh... Hampir2 AKAL menolak barang2 di atas mejanya jatuh ke bawah.

*****

Dirasakan tidak selesa, HATI berkalih ke kiri. Kemudian, ke kanan pula. HATI menggenggam erat telefon bimbit di tangannya. Dia dilemma.

Hantarlah mesej.. Bisikan halus itu kedengaran lagi.
Ala, satuuu aje.. Pastu stopla. HATI merenung telefon di genggamannya.
Bukannye rugi pun, murah aje.. 1sen je pun. Kau tak buang AKAL drpd 8pax lagi bukan? Perlahan jari-jemari halus itu menekan keypad handphone..

SALAM KAL. KAL SEHAT?
TI HARAP KAL PAHAM..
JGNLAH DSEBABKN TI KAL SEDIH
BUKANNYE TI XSUKE AKAL
TAPI BUKAN INI CARANYE..
KALAU ADE JODOH, ADELA KAL..

Kalau ade jodoh? HATI terhenti daripada teruskan menaip.
Kau biar betul.. AKAL yang hebat, pujaan ramai tuh, sayang sgt2 kat kau. Pastu kau sanggup hilang dia?
Ayat tadi dipadamkan. Diganti pula dengan

TI TAHU TI AKAN RASE SYG TGGLKN KAL.
TI NAK KAL TAHU, TI AKAN TUNGGU KAL.
KAL AKAN TGGU TI?

Astaghfirullahalazim.. Cepat2 HATI beristighfar dalam hatinya apabila menyedari dia semakin galak menaip mesej. Dibatalkan mesej tadi dan disembam mukanya ke bantal. Air mata itu mengalir lagi, tidak pernah kenal erti kering...

"ATI..." Lembut suara itu menyapa di muka pintu bilik.

"Ummi..." Ummi terkejut melihat bengkak mata HATI ditambah dengan sedunya. Ummi memeluk HATI, cuba menenangkan anak sulungnya itu. Dia terpandang bantal yang basah.. Anakku, terlalu sakitkah? Ummi tahu perihal perpisahan HATI dengan AKAL. Hati ibu mana yg tidak luluh memandang anak yang dikandung merana. Tetapi ummi yakin janji Allah itu adalah pasti. Biar sakit sekarang di dunia, asalkan bukan di akhirat nanti. Ummi menunggu sehingga esakan HATI reda.

"Esok ummi ade program dengan anak usrah ummi kat uni. ATI ikut nak?" HATI mengangguk perlahan. Apa yang terbaik adalah mengikut kata2 ummi buat pada masa ini. Hati dia ini, terkadang terase kuat, terkadang terase lemah.. HATI memejam mata, lena diusap kepala dipangkuan ummi. Tenang...

*****

ABG TAKDE BUAT APE2 PUN.

OHH.. NAK MINTAK TOLONG NI.

TOLONG APE?

SAYE NAK PEGI KEDAI BUKU...
NAK BELI BUKU RUJUKAN UTK ASSIGNMENT,
DUE ESOK NI.
TAPI TAKDE ORG TEMANKN...
ABG KAL ADE KERETA KAN,
BOLEH TLG TEMAN?

Senyap.

BOLEH.

Butang 'send' ditekan.

*****
blom abes lg;) mungkin pasni last.mungkin..

AKAL=akal; HATI=hati
NCIK AKAL
=terer study
=berpikiran logik
=perlukan bukti
=menolak perkara ghaib
=xsensitip

Sang akal
=digunekan utk mproses n menyimpan maklumat (or ngan kate laen topup ilmu a.k.a. blaja)
=sains,math
=merasionalkan sesuatu
=existence of feelings or emotions bukan keje akal

CIK HATI
=penyayang
=sensitip
=berbelah bahagi
=kuat

Sang hati
=perasaan tuh dtg drpd hati
=emosi pun same
=mmg berbolak balik
=kita berazam or beriman dengan hati.org kate kuat imannye or kuat azamnye..hati perlu kuat tuk pertahankan ape yg kite azamkan n ape yg kite percaya..

Tak berpijak pada bumi yang nyata
Wah, ayat bm neh best2 belake.. tak berpijak pada bumi yg nyata.

Kalo dunia skang neh, ape semenanye yg nyata tuh?

"Ntahla.." Lemah longlai je org jawab bile kite tnye.

Ape cite best skang neh ek?

"Uih, ko tak tengok ke?? Alahai ruginye... Best.." Potpetpotpet meluru2 cam peluru bepandu bersuara.

Yg pasti, stp org skang neh mmg kejenye dok tengok tv. Macam2 ada~ Ade cite pasal org berebut harta pusaka, cite psl laki bini gaduh, cite pasal org berfoye2, cite psl mat pit, mat rempit dll.. Ade orang pernah kata, nak tgk budaya sesuatu masyarakat, tgkla pd movie dorg.. Sb katenye mana lagi direktor2 kat luar sane tuh nak dapat idea wat filem kalo bukan drpd pengalaman dorg.

TAPI jgn lupa, manusia ini akal fikirannye hebat2 blake, kreatif n inovatif. Kreatif n inovatif mengkorupsikan masy skang ngan mende yg xwujud/mende tuh kecik je tp diperbesar2kan plak.. Cthnye, iklan2 terrorist dikaitkan ngan org berserban, berhijab, bertudung, dsbg.. Tibe2, satu dunia ni pandang Islam=terrorist.

"Do your religion holds the belief of killing as a solution?" adela 2 3 org betanye pdku. Hurm...

Tgk,iklan2 tuh ditayangkn kat tv sluruh dunia, xkire org duduk kat ceruk mne pun. Globalisasi itu, sememangnya global...

Jadi,ape semenanye rupenye/keaadaan bumi yg nyata neh?
Adakah anda pasti?
Dunia ini? Hanyalah pentas lakonan manusia..
Tapi akhirat? Tiada lakonan, yg tersembunyi akan di'CCTV'kan, tayang balik depan semua.. Baik atau buruk akan ditimpal. Setiap inci, sentimeter, milimeter, ape lg yg lebey kecik..sekecil2 zarah tuh, Allah akan kire..
Wallahualam~

Betul x neh kebiasaan boleh mbunuh?
Apela sgt rindu pd manusia neh.. Sampai rse nak pecah je jantung tanggung, menangis smpi bengkak2 mate.. Sampai xbleh study? Nk lepas tension, pompuan lain yg dilayannye..

Adekah hilangnye satu je mende yg dsygi dan dihargai means hidup ini dah tak bermakne? Tiada gunenye study, tiada gunenye bergumbira, tiada gunenye amek peduli perasaan org lain termasuk keluarga kite sendiri. Tiade gunenye hidup?? Korg silap! Percayelah..

Bayangkan- Sebelum neh kat mesia mkn nasik smpi 6kli sehari.. Tp bile kat oversea, mkn nasik SEKALI jek sebulan??- Penggemar2 nasik kat luar sane tuh meti dah geleng2 tarik2 rambut.. Okeh2, amek contoh laen plak. Berhenti main game ok? "Eh,takbleh2.."
Sebab ape? Dah bese..

Erm,cane ngan dadah? Mula2 nak cuba, tp lame2 terbiasa. Kebiasaan yg menggiankan.. Kebiasaan yg juga membunuh. Tapi tuh sakit fizikal je.. Macam mane dengan dalaman, sang rohani?? Bile kite asyik terbaring meratap kerinduan sepanjang masa, ketahuilah, semenanye semangat kite telah mati.

Nah, kelaziman membunuh bukan?

Astaghfirullahalazim, Auzubillahiminash syaitanirrajim
"Aku memohon keampunan dari Allah yang Maha Agung."
"Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam."

Syaitan neh mmg xjenuh nk ushar2 manusia tuk join jadik geng dorg kat 'sane' nt..
mne yg hati lemah, die mulela cucuk2.
mne yg iman xdok, die xyah nak cucuk2 dah.. cakap sket je dari jauh (siap baring2 n menguap2 ag), org kate cam petik jari.
Ha, nak tahu. Bisikan syaitan neh sifatnye bersembunyi.. Tapi, once kite sergah die, ngan beristighfar or ta'auz (auzubillah), insyaAllah dlindungi Allah drpd dorg. Sejahat2, sehina2 dorg pun, dorg sgt2 takut ngan Allah..
Mau tgk depa belakon? Meh2 tgk link neh http://www.youtube.com/watch?v=oMZo5Wp3WBE
Jgn lupe tgk related videos ek(^-^)

Sape2 yg dh tgk,
Bestkan video tuh? Mmg baguihla org yg wat video tuh..
Tapi,nape kita puji org aje. Kite neh dh baguih lom? Hanya diri kita sindri yg tentukan..
Kuatkan HATI, teguhkan IMAN.. Bknnye sng,tp bukti2 dan facts mengatakan "xmustahil". insyaAllah~