Saturday, October 30, 2010

Muslimah Solehah itu Bidadari

muslimah solehah itu bidadari

tersimpan kemas dalam syurga Ilahi

tidak tersentuh oleh manusia rakus mahupun jin

bersih, suci menjaga diri


muslimah solehah itu bidadari

dirinya mahal tidak mampu dibeli

hanya keimanan dan ketaqwaan maharnya nanti

maka siapa yang menolak ketinggian ini?


lembut wajahnya nur ibadah

sopan langkahnya memancar hasanah

malunya perisai mengangkat darjah

fikrahnya jelas, prinsip Ilahi tidak tergugah


muslimah solehah itu bidadari

bidadari syurga yang wujud di dunia ini

yang akan melahirkan anak-anak akhirat

mentarbiyah mereka dengan didikan syurgawi


muslimah solehah itu bidadari

bukan untuk dicari-cari atau dipuja lelaki

tetapi nanti akan berhadapan dengan Ilahi

dan apakah yang kamu wahai perempuan sudah laksanakan dalam kehidupan yang Kuberi?


Source: Hilal Asyraf

~Duniakah atau cinta Ilahi yg dikau cari?~

Thursday, October 21, 2010

Andainya dapat kumenulis...



Andainya dpt ku menulis nota2 cinta buat diriMu..
Akan ku sisipkan segala, kuntuman bunga yg mewangi..
Zikirku,solatku,amalku,jiwaku,cintaku,hidupku..
Akan terimakah Dikau?
*Terharu dgn Dia*

Monday, October 18, 2010

ia

ia mengekang masa kamu untuk
mendekat padaNya,
memperlahankan tarbiyyah kamu untuk
lebih sempurna mencintaiNya,

maka

tidakkah kamu mahu berhenti?

berusahalah untuk berhenti,
keranaNya, bersamaNya, kepadaNya
*luv*

Friday, October 8, 2010

The Tik & The Tok (refined)

Look at the clock.

Tik Tok..
Tik Tok..

1sec, 2sec, 3sec..

Tik Tok..
Tik Tok..

It's counting.
It's going to continue counting.
It will neverevergonna stop counting.

Tik Tok..
Tik Tok..

Let me ask something.
As a Muslim,
Having faith for Allah, the Ar-Rahman,
do you really believe there's another life other than this 'globalised' world?
that the things - fame, true love, jewelery, high heels or even miss high heels to be - you have been chasing for your whole life ain't mean a thing soon after you died?

Come back to reality - you are a MORTAL!
Whose soul will be taken away one day,
Whose six packs or hourglass shaped body will remain as dust in that tiny, dark 'house' underneath..

Then,

what's the purpose of our life?
are we living to the fullest for nothing?

Oh dear beautiful souls,
We are actually living our life towards our final destination..
That every single one of the 'tik' and the 'tok
is getting us closer to our finishing line..
We are stopping by some pit stops in our life to win big.
A winning that would last forever and ever, not just a step-onto-the-stage-get-a-medal-smile-wave thingy.
It is BIG. seriously.

So, well..
Look at the clock.

Tik Tok..
Tik Tok..

10sec, 9sec, 8sec, 7sec, 6, 5, 4, 3, 2, 1...

Tik Tok..
Tik Tok..

It's counting,
It's going to continue counting.
It will neverevergonna stop counting.
Counting to zero - our death.

"Demi masa. Sungguh, manusia berada dalam kerugian, kecuali org2 yg beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati utk kebenaran, dan saling menasihati utk kesabaran."
(Al-'Asr: 1-3)

Sunday, October 3, 2010

Sembuhkanlah



Bismillahirrahmanirrahim..
Ya Allah, ya Rabb, ya Rahman, ya Rahim..
sembuhkanlah jiwa2 di luar sana..
sama ada yg kukenali atau tidak kukenali,
yg kuketemu atau tidak ku temui,
yg ku sakiti atau tidak ku sakiti..
sembuhkanlah mereka, ya Allah..
amin ya Rabbal 'alamin.

Monday, August 23, 2010

ADA SESEORANG TU...

Ada seorang gadis tu..

Tangisnya kerna seorang pemuda,
Tangisnya kerna dirinya terluka.
Terluka dek pendustaan demi pendustaan dunia..
Senyumnya kerna lawak jenaka,
Senyumnya apabila dipuji alahai cantiknya dia..
baju, tudung, rambut, alis matanya, gayanya..
pendek kata semuanyalah.
Tersenyum gadis itu membalas senyuman si jejaka..
Hatinya terpujuk dengan,
Texts.
YM.
Facebook.
Gembira rasa di hati mendengar kata2 pujangga..


Ada seorang adik tu..

Tangisnya di negeri orang,
Terkenang keluarga tersayang..
Tangisnya kerna rindukan ibu, ayah, kakak, adik dan abang,
Dia.
Sendiri.
Tangis ditabiri gelap malam..
Dia..
Sunyi..
Senyumnya bersama teman sehati,
Senyumnya jua kerna adanya si setia di sisi,
“Kakak”
Panggilan itu meniti di bibir saban hari.
Dia sebenarnya tidak sendiri..
Hatinya terpujuk dengan makanan..
hurmm,ayam..
Ataupun dibawa berjalan mentadabbur alam..
Langit, bulan dan bintang.
Dekat.
Mereka dekat di hati.
Tenang.
Terpujuk sendunya selama ini..

Setahun telah berlalu..

Ada seorang akhawat tu..

Tangisnya tanda dia gembira,
Tangisnya dalam sujud syukurnya..
Kerna DIA,
telah
mensucikannya..
Suci..
Suci sesucinya..
Sendu tangisnya menghiasi tiap bait doa,
Dek mengadu pd Tuhan akan kelemahan, ketidaksempurnaannya..

Terluka!

Terluka hati nuraninya..

Senyumnya bukan kerna harta,
Mahupun kerna suka dan tawa,
Senyumnya kerna susah yg dirasa,
Senyumnya kerna perit yg berkunjung di dada,
Bahkan dia tersenyum lega,
Saat sampai pada penghujung kesusahan yg menimpa..
Senyumannya bermakna..

Hatinya terpujuk dengan ayat-ayat cinta,
Iya, ayat-ayat cinta daripada TuhanNya..
Berkasih dgn insan sekelilingnya.
Hatinya terpujuk,
hanya
dengan
dia percaya padaNya.
Selama ini,
dia
sememangnya
tidak pernah sendiri.

C.I.N.T.A.

Kini,

Cintanya milik siapa ya?

Saturday, August 14, 2010

Baby

Aku seorg bayi..
Bayi yg kecil itu..
tertatih bjalan,
menangis terjatuh..
tersenyum dipujuk.

Langit..
Tersangatlah tggi..
Indah bukan jika dapat kucapai?
Tapi,
aku masih seorg bayi..

Awan..
Mereka bergerak.
terus..
dan
terus berarak pergi,
Sepertinya usiaku.
jauh.
dan
terus menjauh..
Umurku sudah setahun.

Namun,
Aku masih seorg bayi?

Membesarlah wahai sang bayi!