Assignment? AKAL tersedar. Dia lupa. Suara itu terngiang2 lagi.
"Datangla sini lagi."
"Takpela. Esok sibuk sikit, assignment due banyak."
"What's wrong with you?" AKAL masih diam.
"I have to give you zero mark. Kamu boleh keluar sekarang." AKAL tercengang. Dia betul2 tidak berada di bumi yang nyata sekarang ini. Dia melangkah longlai ke arah pintu dan keluar.
Apakah yang telah berlaku? Assignment. MATA. LOGIK?! Astaghfirullahal'azim.. AKAL meraup mukanya berkali2..
AKAL teruskan menapak sehingga sampai pada satu lorong, lorong yang kebiasaannya digunakan para mahasiswa dan mahasiswi untuk ke surau. Mimpi semalam hadir kembali. AKAL membiarkan sepasang kaki memandu dirinya, lalu menembusi lorong tersebut. Semakin jelas bangunan berwarna putih itu, semakin galak mimpinya malam tadi bertalu-talu terimbas di benaknya. Sebaik sahaja tiba di surau, AKAL terus mencari kelibat ISLAM. Jiwanya kacau. Berkali2 dia mengelilingi surau.. Melangkah dan melangkah lagi sehinggalah bahunya disentuh dari belakang...
"KAL, kau carik sape?" Tatkala AKAL memusingkan badannya, dia terlihat senyuman yg amat dikenalinya.
ISLAM!
AKAL terus menerpa memeluk ISLAM. Bergenang air matanya, tenang. Amat tenang. Senyuman itu mekar di bibir ISLAM lagi. Ya, bukan senyuman wanita saja yang indah, bahkan senyuman insan bergelar lelaki juga..
"Kau OK?" ISLAM bertanya dengan nada prihatin, pelik juga. Pasti ada yg tidak kena.
"Allah yang telah menggerakkan hati kau. Dan Allah jugak
membawa aku tepat pada masanya untuk selamatkan kau."
"Aku OK. Jangan risau." AKAL tersenyum. Ikhlas. Dia tekad mahu mengenal ISLAM lebih dalam termasuk orang di sekelilingnya yg sememangnya boleh dibezakan drpd pelajar lain. Apa yg berbeda? Apa yg mereka sering lakukan? Mengapa?
Pulang daripada surau, AKAL duduk di hadapan laptopnya termenung jauh. LOGIK tiada di dalam bilik. Dia pun tidak tahu apa yang perlu dilakukan sekarang. Cuma yang dia tahu kini dia ada tujuan baru, selain belajar semata2. AKAL tersenyum nipis, laptopnya dibelek2. Terasa ingin memeriksa email, AKAL membuka inbox Yahoo! mail dan scroll melihat2 email lama. Matanya tertancap pada satu subjek email yang dihantar oleh persatuan Islam beberapa hari lepas. Masih belum dibaca.
"Iftar Jam'ie di musolla." AKAL tersenyum sinis. Dia tahu pastinya dia terus mengabaikan email itu sebaik sahaja mengetahui 'sender'nya adalah persatuan Islam. AKAL terlalu prejudis dahulu, aktiviti islamik tidak langsung dipandang sebelah mata. Lagipun, dia terlalu sibuk dengan belajar. Baginya, masanya lebih berguna dengan menelaah dan menyiapkan assignment.
Assignment? AKAL mengeluh. Mendapat markah kosong bagi satu kerja kursus bermaksud dia mempunyai peluang untuk gagal. Apa gunanya segala penat lelah dia bertungkus lumus belajar selama ini? AKAL melepaskan nafas berat. Dia mengambil keputusan untuk tidur, mengurangkan rasa pening di kepala.
Sabarlah KAL.. Allah menentukan segalanya.. AKAL memujuk hatinya. Baru sahaja sign out, reminder Yahoo! muncul di screen laptop menandakan email baru diterima. AKAL mencapai mouse dan klik.
SAYA BERI MASA DUA HARI UNTUK KAMU SIAPKAN ASSIGNMENT KAMU. DON'T BE LATE!
-PROF. GURU
*****
"Kau tahu ukhuwwah fillah itu apa?" ISLAM bertanya pada AKAL pada suatu hari.
"Urm.. Tak." AKAL menjawab jujur. Bunyinya seperti bahasa Arab dan AKAL sememangnya tidak pernah belajar bahasa Al-Quran itu. Setakat ana, ummi, na'am dan la tahulah.
"Seperti kita dan dia ni..." ISLAM menepuk bahu seorang pemuda berhidung mancung yang sedang mengelap meja makan berhampiran mereka.
"Aiyo, IS. Apa kena dengan saya?" Lelaki itu bertanya dengan loghat Pakistannya sebelum ISLAM sempat menyambung kata2nya. AKAL tergelak kecil.
"Jangan risaula, saya bukan nak mengata kamu. Ha, kamu ingat tak ayat yg pertama sekali yang saya kata pada kamu dulu?"
"Aaa.. Teh'O ais satu ka?" Mendengar jawapan itu, AKAL dan ISLAM ketawa dan kemudiannya disertai oleh pemuda Pakistan itu. Mereka tahu dia hanya bergurau.
"Aku cakap, assalamualaikum.." ISLAM menggeleng2kan kepala. Lelaki Pakistan yang sudah dianggap sebagai temannya itu memang amat suka bergurau.
"Ya betul! Okay IS, KAL, saya hantar pinggan ini ya." ISLAM dan AKAL mengangguk sambil menghantar pemuda itu berlalu dengan pandangan mereka. Dahulu, tika lelaki itu termangu2 mendengar orang melayu berbicara, ISLAM hadir menghulur persahabatan. Dahulu, lelaki itu tidak kenal ramai orang, apatah lagi ingin memulakan bicara perkenalan tetapi ISLAM banyak membantunya sehinggalah dia fasih berbahasa melayu. Kini, dia bangga dapat mengenali ISLAM dan ditambah pula dengan kehadiran AKAL.
Setelah kelibat lelaki itu hilang dalam kesibukan ramai, ISLAM dan AKAL kembali dalam topik perbualan, "Dengan satu ayat itulah perkenalan bermula. Dengan nama satu agama itulah aku tak kisah tegur dia. Gelap ke, hidung pesek ke, pipi tersorong2 ke, semua sama. Apa yang sama? Dalam ni." ISLAM meletakkan tangannya pada dada.
"Hati?" AKAL meneka bahasa isyarat ISLAM.
"Ya, dalam hati ini ada aqidah kita. Kepercayaan pada satu agama yang sama, iaitu agama Islam." ISLAM menghirup saki baki air di hadapannya.
ISLAM menyambung lagi, "Tengok, hanya dengan title 'muslim' kita sudah bersaudara. Orang Kelantan ke, Brunei ke, Palestin nun jauh di sana pun saudara kita tahu. Saudara seIslam."
"A'ah, betulla kate kau tuh.. Jadi, apa kena mengena dgn ukhuwwah fillah tuh. Ukhuwwah tuh aku tahulah ape, macam hubungan or persaudaraan. Tapi fillah tuh ape plak?"
"Fillah tuh adalah gabungan 'fi' dan 'Allah'. Ukhuwwah-fi-Allah, ukhuwwah-kerana-Allah."
"Ukhuwwah kerana Allah?" AKAL mengangkat keningnya. ISLAM mengangguk2.
"Ambil dua gelas ini dan satu straw." ISLAM mengambil gelasnya yang sudah kosong dan gelas yang masih berisi air di hadapan AKAL. Disusun satu di kiri dan satu lagi di kanan tidak jauh di antara duanya. Satu hujung straw itu diletakkan pada salah satu mulut gelas tersebut dan hujung yang lain pada gelas kedua.
"Ini aku." ISLAM menunjuk pada gelas kosong.
"Ini kau." Ditunjuk pada gelas AKAL yang separuh penuh dengan teh'O.
"Ape kegunaan straw ni? What do you think?" ISLAM mengajukan pertanyaan pada AKAL.
"Hurm.. Straw tuh macam menyambungkan antara kau dan aku. Like a bridge."
"Betul. Kalau bridge ni hilang?"
"Hilanglah penghubung antara kita."
"Ya, betul! Without this straw, our relationship will never exist. This straw symbolises 'kerana Allah'. Kerana Allah, aku dan kau berhubung. Kerana Allah, aku memberi salam pada kau. Kerana Allah, aku menjaga hubungan baik dengan kau. Kerana Allah, aku menyelamatkan kau daripada keburukan. Kerana Allah, aku menegur kau ke arah kebaikan. Dan kerana Allah jugalah, aku bersahabat dengan kau." ISLAM berhenti seketika. Dia memandang sekeliling.
"KAL, give me that box of tissue." AKAL mencapai kotak tisu daripada meja kosong berhampiran mereka. ISLAM menggantikan gelas AKAL dengan kotak tisu tersebut dan meletakkan straw persis seperti tadi.
"Skrang ade hubungan tak?" ISLAM bertanya lagi.
AKAL berfikir sebentar sebelum ragu2 menjawab, "Ada." ISLAM tersenyum.
"Kotak tisu ni memangla lain daripada gelas tadi. Tapi straw ini masih sama. Analoginya, asalkan dalam hati kita ini ada aqidah yang sama, iaitu beriman pada Allah, kita masih bersaudara. Ambillah kerusi ke, kasut ke, kuih karipap ke ganti kotak tisu ini, asalkan hati kita itu mengatakan kerana adanya agamamu dalam dirimu itu aku menyayangimu wahai sahabat, telah terbina ukhuwwah fillah di situ. Lebih tinggi nilainya daripada sekadar sepatah 'ukhuwwah' tahu." Panjang lebar ISLAM bercerita. AKAL tersenyum penuh makna dan mengangguk2 faham.
"Em, jom blah. Lame la pulak kita lepak ni." ISLAM mengingatkan AKAL. Jam di tangan dibelek, sudah pukul 4.30pagi. Saja ingin merasa bersahur di kedai makan, lagipun masjid tempat mereka solat qiamullail tadi dekat dengan tempat itu. Mereka pulang menaiki kereta dipandu ISLAM.
Tidak berapa lama kemudian, mereka tiba di perkarangan rumah AKAL.
"Bro." AKAL menjenguk ke tingkap kereta setelah turun.
"Aku sayang kau fillah." Sambil mengucapkan kata2 itu, AKAL memberi tabik hormat. Satu sengihan dihadiahkan.
ISLAM menggaris senyuman.
*****
AKAL menarik nafas dalam sambil bersandar pada dinding gimnasium. Dia memerhatikan ISLAM dan ANAS yang sedang galak bermain bola tampar. ANAS sudah berubah. Darah muda memang senang terjebak dengan perkara2 begitu, tambahan lagi setelah kehilangan kedua orang tua dalam kemalangan jalan raya beberapa tahun dahulu (pesanan penaja-pakai seatbelt.pki jgn xpki!). Manusia ini memang fitrahnya mudah lupa, tak kiralah dari segi tanggungjawab, janji, dan sebagainya.. Termasuklah diri AKAL sendiri, AKAL akui itu. AKAL tersenyum memandang satu2 sahabat di hadapannya kini. Mereka bukan seperti yg dia fikirkan dahulu. Mungkin teman2 sekolahnya yang dahulu itu masih tidak betul2 faham Islam, iyela, seperti dirinya juga.. Mata AKAL terhenti pada ISLAM.
Penyelamatku..
Hari ini sudah masuk hari yg ke-24 semenjak kejadian pada 1 Ramadhan berlaku, dan selama itulah AKAL dan ISLAM menjadi semakin rapat. Waktu petang begini, mereka sering turun padang beriadah. Kadangkala LOGIK dan ANAS akan turut serta. Pada sebelah malam pula mereka bergerak ke surau berbuka puasa beramai2 dan solat terawih. Walaupun surau agak jauh, tetapi AKAL tidak pernah rasa terbeban. Dia suka berada di surau itu lebih2 lagi di samping ISLAM. Tetapi ISLAM sentiasa mengingatkan makna kasih kerana Allah, cinta padaNya, kepercayaan dan kebergantungan padaNya, hidup berpandukan Al-Quran dan macam2 lagi. Kalau dulu dia masih mengejar cinta HATI, kini dia redha. Kalu dulu dia tidak percaya benda2 ghaib, kini dia sudah mula faham. Segala2nya berubah hanya kerana perkenalan dengan seorang sahabat.
"Chop2!" ISLAM memberi signal time out pada teman2nya. Dia keluar dari gelanggang dan duduk di sebelah AKAL. Untuk beberapa ketika, masing2 diam menonton pelajar2 lain bermain.
"Aku sangat risaukan ANAS." Tiba2 ISLAM bersuara.
"Jangan risaula. He looks fine. Besides, he has both of us. To help him. Ingatkan dia. InsyaAllah dia boleh buang gian kat 'benda' tuh. Pecayelah kat aku!" AKAL menepuk2 bahu ISLAM penuh bersemangat.
"Ye, aku pecaye punyelah kat kau!" ISLAM menumbuk bahu AKAL. AKAL sengih.
"Jom join diorang." ISLAM bangun.
"Erk, aku penat dah.."
"Last je nih. Kau set baek punya, aku nak spike."
"Last okay."
"Ye, last."
*****
"KAL, bangun." AKAL membuka matanya. Dia menghampiri ISLAM yang terbaring di atas katil dengan wayar yang berselirat. Kudis penuh di muka dan tangan ISLAM.
ISLAM... Sayu AKAL memandang keadaan sahabatnya itu. Air mata AKAL menitis.
"Kenape kau menangis?"
"Kenape kau diuji begini?"
"Ini memang salah aku KAL. I'm the one who done this to myself, aku redha terima balasan dariNya."
"Tapi..."
"Jgn tangiskan pemergian aku.." ISLAM terbatuk2 dek terlalu laju memotong kata2 AKAL. AKAL mencapai gelas dan menuangkan air lalu diberikan pada ISLAM. Lega sedikit tekaknya yg kering meneguk air itu.. Masih perit tetapi digagahkan juga menyambung kata2nya.
"Kau pastikan ANAS tak mengikut jejak aku. Dia masih boleh diselamatkan. Jangan sampai dia mendapat HIV positif seperti aku." AKAL menatap wajah ISLAM, dia masih risaukan orang lain?
"Kenape kau begitu tenang?" AKAL mengesat air matanya yang bergenang. ISLAM terlalu kuat. Jika dia, pasti dia akan berendam air mata mengenangkan mati yang bakal tiba. Cukupkah amalannya? Cukupkah untuk masuk ke syurga? Cukupkah untuk ISLAM mengelak dari api neraka? AKAL risaukan sahabatnya itu. Dan, yg paling meruntun jiwanya... AKAL akan kehilangan ISLAM...
Last. Rejaman lompatan yang dilakukan oleh ISLAM pada hari itu sememangnya adalah yang terakhir. Sebaik sahaja ISLAM mendarat di tanah, dia terus rebah. Ketika dikejarkan ke hospital, ISLAM membuka cerita. Tiada siapa yg tahu bahawa dia mempunyai sejarah hitam dengan dunia penghancur bangsa.
Ya, dadah durjana.
AKAL mengepal tangan. Dia benci dengan dadah. Tetapi untuk membenci sahabat di hadapannya ini, tidak mungkin sama sekali. Jika Allah Maha Penerima taubat, siapalah dia untuk mempertikaikan perubahan seorang insan daripada buruk kpd baik. Apatah lagi ia adlh seseorang seperti ISLAM.
Lelaki yang mengejar ANAS dahulu juga merupakan bekas pembekal ISLAM yg ketika itu masih dalam degree. Kepalan tangan AKAL semakin kuat. Setelah kematian ibu bapa, ISLAM sudah cuba memulakan hidup baru demi satu2 adiknya, ANAS. Namun begitu, tanpa disangka2 sang jahilliah terlebih dahulu mencekup ANAS, mengikut jejak ISLAM yg dulu. Kehadiran AKAL pada hari itu menjadi titik perubahan pada ANAS, ISLAM bersyukur sangat2. Hari pertama Ramadhan yang cukup bermakna baginya..
"Kerna aku tak nak kau menangis." AKAL menundukkan kepalanya mendengar kata2 drpd ISLAM itu. Esok Ramadhan terakhir.
"IS, jika aku dipanjangkan umur for the next Ramadhan, aku nak bersama dengan seseorang seperti kau. I was hoping it's gonna be you." Perlahan2 ISLAM mengukir senyuman. Bibirnya merekah kering. KAL, setinggi mana ego kau, aku tahu kau bagai anak kecil.
"Kau boleh jadi aku. Bukan jasad yg mengikat kita.. " ISLAM berhenti menarik nafas. Sesak.
"Tapi hati. Ikatan hati kau dan aku.. Kau berada di dalam hatiku. Aku, dalam hati kau." AKAL menundukkan kepalanya lebih dalam. Air mata sudah bertakung, dia cukup terharu. Tapi aku tidak mahu kehilangan kau, ISLAM.. Ya Allah, tenangkanlah hati hambaMu ini..
"Katakan..sekali lagi." AKAL mengangkat mukanya dgn riak penuh tanda tanya. Apa yg IS maksudkan?
"Yang itu.." Dengan lemah ISLAM meletakkan tapak tgn pada dadanya. AKAL tahu. Dia sudah tidak mampu menahan air matanya daripada luruh.
"Uhibbu..ka...fillah..." Esakan AKAL kedengaran. Dia tidak pernah tahu rasa sakitnya perpisahan melainkan ini. Lebih teruk daripada kehilangan HATI. Runtuh egonya di hadapan seorang lelaki bergelar sahabat. Ya, dia terlalu sayangkan sahabatnya itu.
Ya, kerana Allah, aku dan kau bersahabat... Dan kerana Allah, aku melepaskan kau kembali padaNya...