Saturday, May 16, 2009

Episod 1: AKAL vs HATI

Salam sahabat2ku sekalian(^-^)
diri ini ingin bercerita..ceritera chenta hasil nukilan sendiri..

~CINTA DARIPADA HATI BUAT AKAL~

Ada sepasang kekasih, AKAL dan HATI. HATI terpikat dengan AKAL yg sgtla bijak berkata2 disekalikan dgn bukti2 yang sahih lagi logik dan berilmu tinggi tahap 1st class honour degree..bahkan AKAL sekarang ni sedang buat master pulak dan merancang untuk mengambil phD selepas selesai master nanti..wah,sgt bercita-cita tinggi AKAL neh ye.AKAL pulak sygkan HATI sebab HATI ni bkn stakat baik hati orgnya dan suka berhati2 di jalan raya, malah HATI yg satu itula yg sgt memahaminya..AKAL mementingkan study, itu HATI faham,jadi HATI tidak kisah jika AKAL melebihkan urusan belajar daripada dirinya. bahkan HATI sering menemani AKAL pergi ke kedai2 buku, membuat kajian, dll.Pendek kata, di mana ada AKAL ,di situ ada HATI ..Jika dipersoalkan tentang kelakuan mereka, wallahualam, jgn buruk sangka ye kwn2..namun, larangan berdua2an tetap tidak boleh disangkal.La taqrabuzzina,jauhilah kamu daripada zina..teman2 AKAL dan HATI seperti TANGAN, KAKI, MATA,TELINGA dll hanya memandang,mereka tidak diberi nikmat seperti AKAL yg boleh berfikir,mereka tidak mempunyai kemampuan memahami seperti HATI..tetapi mereka akan mempunyai suara saat seluruh umat manusia ditimbang amalnya kelak..

Pada satu petang yang indah, disebabkan HATI amat berhati-hati melintas, AKAL terpaksa menurut HATI menggunakan jejantas. Lalulah mereka pada seorang gadis muda dengan anak kecilnya,compang camping pakaiannya dan secawan plastik ditadah meminta simpati masyarakat. Apabila anak kecil itu terlihat AKAL, bersinar-sinar matanya(hensem sgt kut) lalu dia menghulurkan sekuntum bunga pada AKAL, bunga yang dipetik entah dari mana. Terlihat muka gadis kecil itu meminta simpati. Namun, AKAL terus berlalu tidak melayannya apatah lagi mengeluarkan sekeping dua syiling.

"Mudanya si ibu." terpacul perkataan itu daripada mulut HATI. AKAL yang mendengar menyambung, tetapi lebih kepada kritikan. Katanya masih muda tp tiada usaha langsung untuk mencari duit,hanya tahu mengemis.

"KAL,mungkin wanita itu baru sahaja kehilangan suami," HATI cuba memahami keadaan wanita muda itu, tidak berniat mengutuk pun tadi.

"Betulkah begitu?Kita mana tahu, ada kemungkinan suami dia tinggalkan dia. Ntah2, si anak pun tidak tahu asal usulnya." sangkal AKAL.

"KAL sendiri kata kita tak tahu, so KAL pasti ke ayahnya tak ada?" pandai pulak HATI memulangkan paku buah kerasnya.

AKAL berfikir sejenak, "Kalo TI nak tahu, 51.1515%* statistik mencatatkan(dah mule dah keluar bukti2 dia tuh) perkahwinan muda disebabkan oleh keterlanjuran anak luar nikah."

Lama HATI berdiam sebelum dia berkata, "Jadi KAL, jika TI yang menjadi si anak itu, adakah KAL akan menolak hati TI sebagaimana KAL tolak bunga si kecil itu?"

jengjengjeng..

dcni apa yg diri cuba sampaikan adalah kenapa hanya memikirkan facts spt status,rupa dsbgnya?kenapa hati tidak diambil kira?itulah beza AKAL dan HATI..AKAL itu logik,tp HATI itu fikirannya lebih mendalam..bg AKAL, sesuatu itu dilihat dengan mata kasar,tp penglihatan HATI adalah lebih daripada itu..
wallahualam(^-^)

*hanya sekadar rekaan.hehe

Friday, May 15, 2009

ta'aruf(^-^)

salam alaika~
sudah lame tpikir2 nk wat blog sindri (hari2 keje dok mengadap blog org laen..perasan diri xde keje.haha)

tp still ttanya2 apa nk tulis..hurmm
psl politik malaysiakah?
psl matawang duniakah?
perang dunia?(jengjengjeng)
psl dirikah?(uih,diri neh low profile orgnye)
pendapat???
aa,pendapat apa plak neh..kenapa harga minyak naik ke?kenapa ade ppsmi ke?untuk apa?org lain bukan dah tau ke mende2 neh..nak suruh orang setuju dengan pendapat kite ke?tp ape salahnya bagi pendapat ek..???~(*0*)~

ish3,dasat sungguh..hahah.

dun wery,i2 kekonpiusan time mude2 dulu
skang ni mindaku semakin menua..tp jarijemariku masih muda!yeah..
alhamdulillah sedikit sebanyak kesedaran datang(^-^)

jadi ingin diriku berkongsi kesedaran ini..(xsalah kan?)

sahabat,ini bkn sekadar pendapat..
tp ini facts,kenyataan,realiti,kebenaran,haq(sukesuki je diri meletakkan kebenaran ini pada mata dunia yek.tp xkire,blog sindri,bkn blog org laen..lalala)

tp percayalah wahai saudara2ku..
~walau warna kulit kita tidak sama, status kita berbeda, walau sempadan memisahkan kita.tapi agama kita semuanya sama~
"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan dari sulbi (tulang belakang) anak cucu Adam keturunan mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap roh mereka (seraya berfirman), " Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab, "Betul (Engkau Tuhan kami), kami bersaksi." (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan, "Sesungguhnya ketika itu kami lengah terhadap ini," (7:172)
Sebelum dtiupkn roh kite ke dlm tubuh, memberi nyawa sehingga kite dpt berdiri di dunia ini(siap bleh surf internet ag), kita sudah mempunyai agama,kepercayaan,penyaksian bahawa Allah Tuhan kita..

TAPI jgn ingat bila anda berBIN dan berBINTIkan sipolan anda sudah islam
kwn2,diri ini sayangkan kamu semua...(-_-,)
tepuk dada,tnyelah diri..

harapan diri ini terlalu tinggi untuk dkecapi..
tp xmustahil..
debu2,tolonglah,tolong bajai tanaman sekitarku apabila sekujur tubuh ini sudah kaku,semakin menghilang di bawah "rumah kecilku" nanti~