Wednesday, July 22, 2009

Episod 3: Kelaziman boleh membunuh bukan?

Wah, bersemangat sungguh ku menulis ag..cptnye entry baru..huhu
tp ade mesej yg xsepatutnye pd cerite AKAL dan HATI yg memakse2 diri ni tuk mengarang continuation cite neh..
Ambillah pedoman, insyaAllah..

~AKAL itu adalah akal, HATI itu sememangnye adalah hati.~

AKAL
memasang radio.

Mendengar celoteh dalam bahasa Cina, AKAL mengubah siaran.

Mesti Minda yg tukar2 neh.

Seringkali apabila dibuka radio di keretanya itu, siaran yang sama kedengaran. Biasalah, adik bongsunya yang sering dijemput dan dihantar pulang ke tuisyen itu meminati bahasa cina. Mempraktiskan apa yang dipelajari katanya. Terasa ingin disuruh sahaja membawa kereta sendiri, namun masih tidak cukup umur pula. Hendak mengharapkan mama dan papa, mereka sibuk dengan kerja di pejabat. Lagipun, kampus AKAL dekat sahaja dengan rumah.

Kedengaran pula alunan ayat Al-Quran. AKAL menukar channel lagi.

"KAL, kan elok dengar IKIM tuh."

"Yela2." Pantas tangan AKAL menekan butang Back.

"Puas hati?" Dipaling ke tempat duduk sebelahnya, memastikan gadis itu tersenyum. Tetapi, tempat duduk itu kosong.

Aku bermimpi rupa2nya.

AKAL mengeluh, diusap matanya berkali2. Mungkin mengantuk.

AKAL memasuki kampus UiTM dan memarkir kereta. Sampai sahaja di hadapan pintu apartmentnya, AKAL tersenyum. Teringat akan pesanan HATI akan kewajipan memberi salam. Panjang lebar HATI menerangkan sebab musabab memberi salam ke rumah. Namun, senyuman itu berubah kelat.

"Assalamualaikum."

"Waalaikummussalam." Lambat teman serumah AKAL menjawab. Mereka sedang asyik bermain video game.

"Wah, ni game baru ke? Aku nak join." belum sempat melepaskan penat, AKAL tertarik pula untuk menyertai teman2nya itu. Sekelip mata dia sudah bersila di hadapan televisyen memegang controller.

"Kut ye pun pergila tukar baju tuh dulu." Teman serumah AKAL yang hanya menjadi penonton sejak tadi menegur. Tetapi tiada respons daripada AKAL.

"Weh, ko dengar x?" Sebijik bantal kusyen melayang mengenai kepala AKAL.

"Hah, dengar ape?" AKAL mengusap kepalanya. (kes boleh teleng neh)

"Pergi tukar baju tuh."

"Oh, aku ingatkan suara HATI tadi." perlahan suara AKAL, tetapi boleh dapat didengar oleh teman2nya. Tanpa bersuara, AKAL berhenti bermain lalu menuju ke biliknya. Mereka yang berada di ruang tamu pelik dengan perangai AKAL pada petang ini, kelihatan sangat berserabut.

AKAL mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluarnya. Skrin telefon dibelek.

Pada waktu begini, kebiasaannya dia sering berbalas mesej dengan HATI. Macam2 akan diingatkan oleh HATI apabila dia sudah pulang daripada universiti- ditegah terus tidur, bermain game atau melepak bersama kwn2 dan macam2 lagi. Kata HATI utamakan solat dan bersihkan diri terlebih dahulu, pesanan untuk makan pun tidak dilupakan. Persis seorang ibu. Di waktu awal perkenalannya dengan HATI, lagak HATI itu kurang disenangi. Iyela, disebabkan AKAL merupakan anak sulung, dia tidak pernah disuruh membuat itu ini di rumah, tentang solat pun AKAL belajar di sekolah. Bukan HATI tidak pernah dimarah, tetapi HATI bijak mengambil hati. Lama-kelamaan AKAL suka dilayan begitu, terasa dirinya diambil berat, tidak seperti di rumah.

Solat dululah..
*****

"Ya Allah, Kau siramilah hatiku dengan kasihMu.. Hidupkanlah jiwaku mengingatiMu.. Basahkanlah bibirku menyebut namaMu.. Ringankanlah anggotaku mentaatiMu.. Jangan Kau tarik nikmat cintaMu ini dari hambaMu yang hina ini, ya Allah. Jangan Kau tarik nikmat cintaMu ini dari hambaMu yang hina ini, ya Allah. Jangan Kau tarik nikmat cintaMu ini dari hambaMu yang hina ini, ya Allah. Dan tetapkanlah hatiku untuk terus mencintaiMu, seikhlasnya, setulusnya dan setinggi2 penyerahan- ketenangan yang abadi cukup dengan hanya cintaMu. Sesungguhnya, tiada cinta yang sebenar-benarnya kekal melainkan cintaMu.. Amin ya Rabbal alamin."

HATI melipat sejadah. Terasa tenang di dada. HATI tidak dapat menafikan kadangkala menitis air matanya teringatkan AKAL. Ingin sahaja ditaip mesej menanyakan khabar AKAL, tetapi ditahannya. Tak kan berakhir semua ini jika dia terus menerus melayan perasaan.

"ATI, meh makan meh." Kedengaran suara ummi memanggil daripada ruang tamu. HATI tersenyum.

Di kala aku leka ya Allah, Kau suluhkan cahaya dalam hidupku. Syukur, aku masih ade ummi, abah dan adik-adik.

HATI menyertai ahli keluarganya yang sedang asyik bergurau senda di meja makan.

"Okeh, meh bace doa." Semua ahli keluarga bersedia menadah tangan untuk berdoa ketika si kecil bersuara.

"Nak bace!" Tangan gadis kecil itu diangkat setinggi mungkin.

"Iye? Adik hafal dah?" Anggukan laju diterima sebagai jawapan.

"Bismillahhirrahmanirrahim.. Subhanallazi sakharalana.."

"Eh2, itu doa naik kereta la Adik." HATI memotong.

"Hah?? Yeke?" Adik melopong. Pecah ketawa semua orang. HATI ingat lagi, dulu doa itula yg diajar pada Adik ketika baru sahaja pandai bercakap. Sampai sekarang melekat dan menjadi kelaziman dibaca Adik bagi mana2 doa pun. Bahkan lagu bacaan doa menaiki kenderaan didendangkan berkali2 tanpa si kecil itu merase jemu, dan lagu itu jugala diberikan pada AKAL. Kebudak2an bukan? Tetapi comel. (betul3)

AKAL lagi.. Nasi disuap perlahan.

Sesudah makan, seperti biasa, HATI adik beradik menghadap televisyen.

Xde cite lain ke?Asyik cinta je.. HATI mengomel sendirian, namun, ditonton jua memandangkan rumahnya tidak memasang langganan Astro. Ini kerana ummi dan abah bimbangkan penyakit media yg semakin membarah dlm dunia globalisasi sekarang (ade ape dgn globalisasi?huh). Bagaimanapun, siaran TV3 tetap menjadi pilihan, there's no better choice...

Mata HATI ditumpukan pada kaca tv.

*****

AKAL sudah selesai mandi. Dia membelek telefon bimbitnya sekali lagi.

Ahh, tensionnyer! Telefon itu dibaling ke katil. Ketika sedang berpakaian, kedengaran bunyi menandakan mesej masuk.

TI!

Gopoh AKAL bersiap lalu terus mencapainya di kepala katil.

ABG AKAL BUSY TAK?
-MISS MATA

Handphonenya itu dilempar semula ke katil. Lain yang ditunggu, lain pula yang datang. Semenjak berita tentang dirinya kembali 'single' tersebar di universiti, ada sahaja mesej entah dari mana diterimanya.

Rimas.

Dulu, dia tidak begini. Mana2 perempuan akan dilayannya, baik yang ingin berkawan ataupun sudah diketahui awal2 ada udang di sebalik mee goreng (hehe). Mungkin betul kata teman2nya, cinta HATI telah mengubahnya. Dia lebih faham akan tujuan dan maksud sebenar kehidupan, tiada gunanya berfoya2 dan bersuka ria sehingga lupa asal usul dan orang keliling. AKAL membiarkan sahaja tanpa membalas. Dihenyak tubuhnya pada tilam.

Terpandang sahaja majalah, dia mencapai tangan. Tetapi terhenti.

Bayangan HATI kembali lagi. Terngiang2 suara gadis itu. AKAL bingkas bangun. Dia pasti dia perlu sibukkan dirinya dengan sesuatu.

Ya, study!

Bergegas AKAL ke dapur membuat air kopi kegemarannya kemudian kembali ke bilik, duduk di meja tulis.

"TI tak kisah ke temankan KAL pergi library?Each time kite keluar pulak tu."

"Tak kisah."

HATI yang sedang asyik mencari buku untuk AKAL berhenti seketika apabila AKAL di sebelahnya senyap, masih menunggu penjelasan.

"TI betul2 tak kisah. Rajin KAL buatkan TI sangat sangat bersemangat untuk belajar. Allah tak pandang kejayaan atau kegagalan, tetapi Allah mengira setiap zarah usaha kita itu. Banyaknye pahala KAL.. Sampai TI pun kadang2 jealous." HATI memberi penerangan kepada AKAL yang tampak kurang yakin dengan jawapan tadi.

"So, TI nak tiru macam KAL. Nampak KAL rajin buatkan TI nak jadik rajin jugak. Ape salahnye TI temankan KAL kan?" AKAL tersenyum mendengar penjelasan gadis itu. Kebanyakan gadis yang dikenalinya sebelum ini suka mengikut telunjuknya, tetapi HATI lain. Ada pendirian dan pegangan sendiri.

"Kat bilik KAL study jugak?"

"Eh, semestinye!"

Ahh... Hampir2 AKAL menolak barang2 di atas mejanya jatuh ke bawah.

*****

Dirasakan tidak selesa, HATI berkalih ke kiri. Kemudian, ke kanan pula. HATI menggenggam erat telefon bimbit di tangannya. Dia dilemma.

Hantarlah mesej.. Bisikan halus itu kedengaran lagi.
Ala, satuuu aje.. Pastu stopla. HATI merenung telefon di genggamannya.
Bukannye rugi pun, murah aje.. 1sen je pun. Kau tak buang AKAL drpd 8pax lagi bukan? Perlahan jari-jemari halus itu menekan keypad handphone..

SALAM KAL. KAL SEHAT?
TI HARAP KAL PAHAM..
JGNLAH DSEBABKN TI KAL SEDIH
BUKANNYE TI XSUKE AKAL
TAPI BUKAN INI CARANYE..
KALAU ADE JODOH, ADELA KAL..

Kalau ade jodoh? HATI terhenti daripada teruskan menaip.
Kau biar betul.. AKAL yang hebat, pujaan ramai tuh, sayang sgt2 kat kau. Pastu kau sanggup hilang dia?
Ayat tadi dipadamkan. Diganti pula dengan

TI TAHU TI AKAN RASE SYG TGGLKN KAL.
TI NAK KAL TAHU, TI AKAN TUNGGU KAL.
KAL AKAN TGGU TI?

Astaghfirullahalazim.. Cepat2 HATI beristighfar dalam hatinya apabila menyedari dia semakin galak menaip mesej. Dibatalkan mesej tadi dan disembam mukanya ke bantal. Air mata itu mengalir lagi, tidak pernah kenal erti kering...

"ATI..." Lembut suara itu menyapa di muka pintu bilik.

"Ummi..." Ummi terkejut melihat bengkak mata HATI ditambah dengan sedunya. Ummi memeluk HATI, cuba menenangkan anak sulungnya itu. Dia terpandang bantal yang basah.. Anakku, terlalu sakitkah? Ummi tahu perihal perpisahan HATI dengan AKAL. Hati ibu mana yg tidak luluh memandang anak yang dikandung merana. Tetapi ummi yakin janji Allah itu adalah pasti. Biar sakit sekarang di dunia, asalkan bukan di akhirat nanti. Ummi menunggu sehingga esakan HATI reda.

"Esok ummi ade program dengan anak usrah ummi kat uni. ATI ikut nak?" HATI mengangguk perlahan. Apa yang terbaik adalah mengikut kata2 ummi buat pada masa ini. Hati dia ini, terkadang terase kuat, terkadang terase lemah.. HATI memejam mata, lena diusap kepala dipangkuan ummi. Tenang...

*****

ABG TAKDE BUAT APE2 PUN.

OHH.. NAK MINTAK TOLONG NI.

TOLONG APE?

SAYE NAK PEGI KEDAI BUKU...
NAK BELI BUKU RUJUKAN UTK ASSIGNMENT,
DUE ESOK NI.
TAPI TAKDE ORG TEMANKN...
ABG KAL ADE KERETA KAN,
BOLEH TLG TEMAN?

Senyap.

BOLEH.

Butang 'send' ditekan.

*****
blom abes lg;) mungkin pasni last.mungkin..

AKAL=akal; HATI=hati
NCIK AKAL
=terer study
=berpikiran logik
=perlukan bukti
=menolak perkara ghaib
=xsensitip

Sang akal
=digunekan utk mproses n menyimpan maklumat (or ngan kate laen topup ilmu a.k.a. blaja)
=sains,math
=merasionalkan sesuatu
=existence of feelings or emotions bukan keje akal

CIK HATI
=penyayang
=sensitip
=berbelah bahagi
=kuat

Sang hati
=perasaan tuh dtg drpd hati
=emosi pun same
=mmg berbolak balik
=kita berazam or beriman dengan hati.org kate kuat imannye or kuat azamnye..hati perlu kuat tuk pertahankan ape yg kite azamkan n ape yg kite percaya..

Tak berpijak pada bumi yang nyata
Wah, ayat bm neh best2 belake.. tak berpijak pada bumi yg nyata.

Kalo dunia skang neh, ape semenanye yg nyata tuh?

"Ntahla.." Lemah longlai je org jawab bile kite tnye.

Ape cite best skang neh ek?

"Uih, ko tak tengok ke?? Alahai ruginye... Best.." Potpetpotpet meluru2 cam peluru bepandu bersuara.

Yg pasti, stp org skang neh mmg kejenye dok tengok tv. Macam2 ada~ Ade cite pasal org berebut harta pusaka, cite psl laki bini gaduh, cite pasal org berfoye2, cite psl mat pit, mat rempit dll.. Ade orang pernah kata, nak tgk budaya sesuatu masyarakat, tgkla pd movie dorg.. Sb katenye mana lagi direktor2 kat luar sane tuh nak dapat idea wat filem kalo bukan drpd pengalaman dorg.

TAPI jgn lupa, manusia ini akal fikirannye hebat2 blake, kreatif n inovatif. Kreatif n inovatif mengkorupsikan masy skang ngan mende yg xwujud/mende tuh kecik je tp diperbesar2kan plak.. Cthnye, iklan2 terrorist dikaitkan ngan org berserban, berhijab, bertudung, dsbg.. Tibe2, satu dunia ni pandang Islam=terrorist.

"Do your religion holds the belief of killing as a solution?" adela 2 3 org betanye pdku. Hurm...

Tgk,iklan2 tuh ditayangkn kat tv sluruh dunia, xkire org duduk kat ceruk mne pun. Globalisasi itu, sememangnya global...

Jadi,ape semenanye rupenye/keaadaan bumi yg nyata neh?
Adakah anda pasti?
Dunia ini? Hanyalah pentas lakonan manusia..
Tapi akhirat? Tiada lakonan, yg tersembunyi akan di'CCTV'kan, tayang balik depan semua.. Baik atau buruk akan ditimpal. Setiap inci, sentimeter, milimeter, ape lg yg lebey kecik..sekecil2 zarah tuh, Allah akan kire..
Wallahualam~

Betul x neh kebiasaan boleh mbunuh?
Apela sgt rindu pd manusia neh.. Sampai rse nak pecah je jantung tanggung, menangis smpi bengkak2 mate.. Sampai xbleh study? Nk lepas tension, pompuan lain yg dilayannye..

Adekah hilangnye satu je mende yg dsygi dan dihargai means hidup ini dah tak bermakne? Tiada gunenye study, tiada gunenye bergumbira, tiada gunenye amek peduli perasaan org lain termasuk keluarga kite sendiri. Tiade gunenye hidup?? Korg silap! Percayelah..

Bayangkan- Sebelum neh kat mesia mkn nasik smpi 6kli sehari.. Tp bile kat oversea, mkn nasik SEKALI jek sebulan??- Penggemar2 nasik kat luar sane tuh meti dah geleng2 tarik2 rambut.. Okeh2, amek contoh laen plak. Berhenti main game ok? "Eh,takbleh2.."
Sebab ape? Dah bese..

Erm,cane ngan dadah? Mula2 nak cuba, tp lame2 terbiasa. Kebiasaan yg menggiankan.. Kebiasaan yg juga membunuh. Tapi tuh sakit fizikal je.. Macam mane dengan dalaman, sang rohani?? Bile kite asyik terbaring meratap kerinduan sepanjang masa, ketahuilah, semenanye semangat kite telah mati.

Nah, kelaziman membunuh bukan?

Astaghfirullahalazim, Auzubillahiminash syaitanirrajim
"Aku memohon keampunan dari Allah yang Maha Agung."
"Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam."

Syaitan neh mmg xjenuh nk ushar2 manusia tuk join jadik geng dorg kat 'sane' nt..
mne yg hati lemah, die mulela cucuk2.
mne yg iman xdok, die xyah nak cucuk2 dah.. cakap sket je dari jauh (siap baring2 n menguap2 ag), org kate cam petik jari.
Ha, nak tahu. Bisikan syaitan neh sifatnye bersembunyi.. Tapi, once kite sergah die, ngan beristighfar or ta'auz (auzubillah), insyaAllah dlindungi Allah drpd dorg. Sejahat2, sehina2 dorg pun, dorg sgt2 takut ngan Allah..
Mau tgk depa belakon? Meh2 tgk link neh http://www.youtube.com/watch?v=oMZo5Wp3WBE
Jgn lupe tgk related videos ek(^-^)

Sape2 yg dh tgk,
Bestkan video tuh? Mmg baguihla org yg wat video tuh..
Tapi,nape kita puji org aje. Kite neh dh baguih lom? Hanya diri kita sindri yg tentukan..
Kuatkan HATI, teguhkan IMAN.. Bknnye sng,tp bukti2 dan facts mengatakan "xmustahil". insyaAllah~

Sunday, July 19, 2009

Episod 2: Cinta itu adalah memahami

Assalamualaikum kwn2(^-^) mcm mne crite sblm neh?dpt pengajaran x?ade rse pape x?kalo ade,alhamdulillah..ni yg syg korg neh\(^0^)/
tp kalo xde,xpe2..dun wery2.ketukan di pintu hati tidak cukup sekali, kena berkali2. Ala, macam kita ketuk pintu umah kite tuuu..wokeh,cite xabes ag..

ceritera chenta merungkai cinta akal dan hati~

~CINTA DARIPADA HATI BUKAN UNTUK AKAL~

"KAL, udahle denga lgu tuh. Dok berdating dgn ipod je keje die, TI nak cakap sumtin ni." AKAL sememangnya meminati muzik yg amat. Pengetahuannya dlm dunia itu tidak kurang hebatnya sehinggakan dia sentiasa mendapat 100% bagi segala jenis kuiz lagu di facebook!!(hoho, dasyat sungguh karakter cite neh) Namun, mendengar nada serius di situ, AKAL turutkan HATI.

HATI menarik nafas dalam, kemudian memulakan bicara, "Ummi bising pasal kita." Nak dijadikan cerita, HATI mempunyai seorang ibu. AL-QURAN nama diberi dan nama timangan pula ummulkitab ataupun kuberi gelaran ummi..

"Eh, kenape pulak?" terpacul pertanyaan itu daripada AKAL.

"KAL, bak kate ummi, la taqrabuzzina. KAL sedar kan apa yang kita buat ni salah?" HATI cuba menyusun bicara selembut mungkin (alahai, merdunya suara..luluh hati AKAL)

"TI, ape yang salahnye? Kita keluar jalan2 kat tempat public bukan. Lagipun KAL tak pernah mintak bukan2 kan? Org dulu2 lain, arranged marriage. Sengih2 sikit, setuju terus. Kita lain, ummi tak faham." AKAL menyangkal. Sebenarnya, dlm diam AKAL kurang meyakini ummi. Ummi berpegang pada perkara2 di luar mata kasar manusia, tak terbukti oleh sains dan tidak juga boleh diterima akal. HATI sedar perihal ini tetapi yang mana satu, AKAL atau UMMI??? (yg mana satu, idaman kalbu~)

"Tapi KAL, ummi kata.."

"Stop TI." AKAL memotong kata-kata HATI. HATI terdiam, dia tahu AKAL pantang kata-katanya ditentang, AKAL sentiasa dengan sifat 'saya betul' sebab 'saya tahu'..

*****

Keesokan harinya, HATI menemani AKAL membeli buku rujukannya di Popular. Sementelah berlegar-legar di sekitar kedai itu, mereka berehat sebentar di kedai makan berhampiran dengan hanya memesan minuman. HATI membelek2 buku yang baru dibeli tadi, agak banyak..

"Banyak betul KAL beli buku. Kate nak beli sebijik je. " Sedari tadi mereka asyik membisu, mungkin disebabkan pergaduhan semalam, HATI membuka bicara.

"Dah alang-alang TI." ringkas AKAL menjawab. Masih marahkah?

"Magazines pun banyak ni." HATI cuba untuk tidak ambil peduli sikap dingin AKAL. Terpampang gambar artis2 tempatan dan luar negara dengan pelbagai kisah mereka yg sekadar mencari publisiti. Masih sunyi.

"KAL, antara buku Kimia ni dengan magazines ni, KAL lagi suke bace yang mane?" HATI mengajukan soalan tiba-tiba.

"Hurm.. Pasal buku Kimia, TI pun tahu KAL minat sangat bidang Kimia ni. Tapi, nak lepas tension, of course i'll grab the magazines." Tenang AKAL menjawab walaupun sebenarnya terkejut mendengar pertanyaan HATI itu. Out of nowhere..

"Nape?" HATI bertanya lagi.

"Sebab seronok dan tak bejela2 macam buku ilmiah nih. Cube TI tgk, dalam teks hanya ada facts, magazines pulak cerita pasal hidup sebenar, happening with pictures and jokes. Lagipun, KAL minat untuk ambil tahu. You know, it's possibly only 0.5% of people who don't read magazines nowadays."

"Betul?" Anggukan yakin AKAL menjawab pertanyaan HATI walau jauh di sudut hatinya terasa lucu. Hehe, aku reka je..

"Kalau gitu..." HATI ingin berbicara lagi, AKAL memasang telinga memberikan sepenuh perhatian.

"Camne kalau antara magazines dengan Al-Quran?" berkerut dahi AKAL, pelik dengan pertanyaan itu.

Lalu, laju dia menjawab, "Mestilah Al-Quran. Everybody knows that."

"Nape?" Kerutan di dahi AKAL bertambah. Dah sudah.. Ape mimpila buah ati aku so rg ni? AKAL mencari ayat yang sesuai.

"Sebab Al-Quran tu panduan utama dalam agama kita, Islam."

"Panduan dari segi?"

"Cara2 hidup Islam, suruhan Allah, larangan2, dll. Ade jugak kisah2 para nabi dan sahabat. Sains pun ade dlm Al-Quran. Even tokoh2 tersohor, Al-Khawarizmi, Bukhari, dll pun jadikkan Al-Quran sbgi core reference dorg."

"Rujukan..Maksud KAL, facts?" Facts? terkedu AKAL mendengar ayat yang keluar dari mulut gadis itu.

"Kalau adalah facts, sepatutnya samela kan dengan buku kimia tadi?" HATI menduga lagi. Buat seketika AKAL turut mengiyakan tetapi mana mungkin Al-Quran dapat dibandingkan dengan setakat buku rujukan Kimia.

"Al-Quran dipandang hebat oleh umat Islam sekarang, tak kirala kat Tanah Arab atau Malaysia dan tempat lain. If ade tahfiz budak lepasan sekolah menengah, org dok melopong dengar. Orang kite siap buat pertandingan bacaan Al-Quran lagi. Jadi salahkah kalau TI katakan sebab kepada pilihan KAL tadi adelah kerana tingginya persepsi masyarakat pada Al-Quran dr dulu smpi skrang?" nada HATI kedengaran tenang.

"Apa maksud TI?" AKAL menjadi bingung.

"KAL, manusia sekarang telah hilang maksud sebenar diorang idup. Jadik Islam hanya kerana mak bapak Islam tapi perangai tak srupe org Islam. Contohnya kita sekarang ni. La taqrabuzzina, berapa kali TI ingatkan KAL.. Terang2 dalam Al-Quran tu cakap itu ini. Tapi kenape orang Islam tetap tak ikut? Keras kepala? Tak faham?"

"TI, STOP!" keras suara AKAL, diteguk airnya yang masih tinggal sedikit. Kemudian mengajak HATI pulang. Melihat reaksi AKAL, HATI menjadi geram. Bukan sekali dua begini, malahan HATI sering berteman dengan air mata mengenangkan betapa kerasnya hati AKAL. Abah sering berkata, manusia itu umpama logam, boleh dibentuk dan dilenturkan, tetapi AKAL??? HATI hanya menurut langkah AKAL dan membisu.

*****

"ATI, ummi cakap ni bukan sebab ummi nak ATI ikut segala telunjuk ummi membabi buta. Ummi nak ATI pahamkan kata-kata ummi..... Anak ummi tersayang, cinta itu banyak jenis, cinta kpd alam, cinta kpd manusia, ummi, abah..tapi sayang, cinta pada Allah sepatutnya lebih drpd cinta lain bukan? Walaupun ummilah yang mengandungkan ATI selama 9bln, namun permata yang berada di hadapan ummi sekarang ini adalah anugerah ciptaan Allah.. Hanya dengan izinNya, ummi dapat merasa kasih seorang puteri. Siapa lagi yang mencipta ATI, malah ummi dan semua manusia, jika bukan Dia yang Maha Kuasa?"

*****

Lamunan HATI terhenti apabila AKAL memberhentikan keretanya di hadapan rumah HATI. Kelihatan kelibat ummi menjengah di muka pintu rumah. Sekuntum senyuman tercalit di bibir wanita tua itu, tenang. Ummi.. Bergenang air di mata HATI. Ditoleh sebelahnya dan muka kelat yang terlihat. HATI melepaskan nafas keluhan. Sebelum keluar daripada kereta, dia nekad. Bismillahirrahmanirrahim...

"Tumpuan kecintaan TI bukan pada KAL, maafkan ATI. Selamat tinggal AKAL, assalamualaikum.." HATI berlalu dengan linangan air mata meninggalkan AKAL tercengang di dalam kereta.

"Waalaikummussalam.." tanpa disedari air mata mengalir tanpa dipinta.....

*****
okai,bersambung lg...insyaAllah(^-^)

Tahukah kwn2 kenape manusia ade agama?
Time dolu2 org cipta agama pun sebab dorg sedar dunia ini ade penciptanya. Takkanla manusia boleh cipte manusia kut.. Cipte pakai ape? Tanah liat? Kek tanah liat yang budak2 selalu buat tuh pun xleh dimakan apetah lagi nak buat manusia. Dan bende yang mengikat manusia pada agama tuh adelah kepercayaan, IMAN kita. Iaitu percayekan satu kuasa lain yg xboleh dilihat dengan mata kasar manusia dan yg menguasai segale jenis hidupan baik tumbuhan, haiwan n manusia. So, kita beriman dengan hati bukan akal. Jika beriman menggunakan akal dan logik sains semate2, jadikla atheist atau scientologist.
Sebab tuh Al-Quran itu perlu difahami dengan hati bukan setakat diketahui adenye suruhan bertudung, solat, zakat, dll.. Sudah cukupkah sekadar betudung? Sudah cukupkah sekadar solat lima waktu? Tu pun blom tentu ckup bukan.. Tapi adakah anda rase anda betul2 paham spesifiknye napekah anda perlu pki tudung, napekah anda perlu beribadah, napekah anda perlu berbuat baik dan saling bantu membantu antara saudara seislam dan bukan muslim, dll? Amek satu cth, bertudung utk menutup aurat:

Utk ape tutup aurat?

Utk jadik dinding kepada nafsu manusia.Utk ape?

Supaye takde maksiat dan zina. Kenape xboleh ade maksiat dan zina?

Sebab mencalar maruah diri, keluarga dan masyarakat serta merosakkan keturunan yg baik. Kenape nak kisah pasal mak ayah, org laen dan anak yg bakal lahir drpd pompuan yg sosial tuh?(sedar x llki semenanye xhormat pompuan yg sggup serahkan maruah dia, ada yg pgl 'pompuan jal**g')

Ade si polan si polan bkate "Ini badan aku, aku boleh buat ape saje. Jangan jage tepi kain org." Masalahnye bukan kain kamu, tapi nak jage kain org laen sekeliling kamu tuh.. Byk jwpnnye:
1) Supaye kite xmembalas budi mak ayah yg penat2 lahirkn n didik kite slame ni dengan menconteng arang kat muke dorg,smpikan dorg xsggup keluar umah jumpe jiran tetangga (sggup kite buat parents kite gitu..;( ). Sedarkah hakikat bahwa dgn sekelip mate masyarakat akan pandang serong seluruh keluarga hanya dsebabkn kesalahan salah seorg drpd ahli keluarga tuh? Sebabnye (spt sume org tahu) institusi keluarga adalah agen plg utama membentuk akhlak individu.
2) Manusia sekarang pulak sukesuki men'general'kan sesuatu hanye dgn memandang pd bilangan yg sedikit, so, walaupun hanya sebilangan drpd org keliling dlm sesebuah tmpt tuh yg buat salah, seluruh ahli dlm masyarakat tuh akan terkena tempiasnyee.. Org kate "Uih, ko jadik guru kelas ibnu jarih untuk tahun ni ke? Kelas budak2 nakal tuh, abisla ko."
3) Ha, psl keturunan pulak. Kalo ye pun pompuan itu bukanlah gadis idaman hidup buah hati pengarang jantung, tp darah yg mengalir dalam bayi itu adalah darah yg same mengalir dlm badan kamu wahai si polan. Ade yg sanggup gugurkan kandungan atau buang bayi ke tong sampah (astaghfirullahalazim) Itu satu nyawa tuh, kite xlayak ambik nyawa orang lain, melainkan Allah.

Pjg pulak kesimpulan ni,huhu.. Sebenarnye manusia sedar jek semua ni kan, masing2 dikurniakan akal dan fikiran yg waras serta mampu berfikir logik. Cume ade yg x pikir rasional n ade plak yg buat2 lupe. Menangkan nafsu maknenye bagi peluang sang iblis bertepuk tangan gumbira "Yeay2, aku ade geng neraka yg baru!" jerit si iblis. Nauzubillah..(erk, gerun membace ayat sendiri)

Ape kes 'saya betul' 'saya tahu' ni
Pentingkan diri ek? Korg ade terpikir penulis blog neh pentingkan diri x? Penulis blog yg perasan diri dia betul?? Diri ini tidak mengatakan diri ini betul (diri ini masih byk khilafnye), tp menyampaikan ape yang betul.. Adekah ape yang termaktub dalam Al-Quran dan Sunnah tuh xbetul?Ape yg disampaikan ni menjadik peringatan tuk semua, dan tggungjawab melaksanakannya pula beratnya adelah pd empunya yg bercerita..

"So, maksud kt cni kite kena stop bercintelah ye?"
Haish, tidak2.. Misunderstanding neh, xde pun suruh.. Ish3.. Cinta AKAL dan HATI neh cume skadar cth situasi semate2 tuk explain topik 'memahami tumpuan kecintaan'. Mmg satu hakikat, perasaan cinta itu fikrah dalam idup manusia, tanpa cinta hilanglah kasih sayang dan ukhuwwah kat dunia ini. Sudah2, jgn pikir bukan2 n jgn sedey2(^-^) Pokoknye engatan kite pada Allah i2 yg penting. Di mana letaknye tauhid n tumpuan kecintaan kite i2 adlh pd Allah, ini yg plg utama dipahamkan..

"Dalam dunia ini, aku hanya melihat dia, walau sehensem/secantik mane org laen"
Itukah ayat yg menggambarkan cinte kite? Tahu tak maksud sebenarnye ayat tuh? Maksudnye mase tuh kite xengat sape2 dah selain si dia termasuklah Allah,who deserves da best love from us, jauh lebey tggi drpd cinta kita pd si dia, facebook,ipod,bersukan, dll.. Andai benar cintakan dia, istikharahlah minta petunjuk dari Allah, agar kekuatan untuk menyunting si bunga itu ada. InsyaAllah.. CINTA ITU ADALAH MEMAHAMI. Wallahualam..