Monday, August 17, 2009

Episod 4: Cinta adik

Tibe2 terengat adik beradik, especially adik llki (satu2nye adik) kat mesia tuh..
Entry ni bkn cite yg dmaksudkn ending tuh,just kongsi same2(^-^)
bce jgn xbce!hehe..

*****

Selesai makan, HATI dan adik2nya yang lain berehat sebentar di ruang tamu menghadap televisyen. Seperti yang dijangka, cerita cinta menjadi tema cerekarama yg mereka tonton.

Takde cite lain ke? Media skrang neh mmg motif dorg nak tanam rase kebiasaan cinta mude kat sume org ke?
Bayangkan drpd 24jam sehari, lebih stgh drpd itu manusia menghabiskan masa mereka di hadapan televisyen. HATI mengeluh. Dipandangnya satu2 muka adik2nya yg sedang leka menatap kaca tv.

Adik2ku, ape korg pikirkan agaknye? Betul ke formula 'mind control' itu? Siri 'The Arrivals' hadir dlm benaknya.

"Akak, cinta tuh ape?" Si kecil bersuara, menghilangkan lamunan HATI. HATI menatap wajah adik bongsunya itu.

"Cinta tuh.." Diangkat gadis kecil itu duduk dipangkuannya, bersama2 teddy bear yg berada di dlm pelukan.

"...macam ummi dengan adik."

"Ummi dengan adik? Tapi, ummi ngan adik kan pompuan. Nape orang dalam tv tuh laki ngan pompuan?" Adik kedengaran tidak puas hati.

"Eh, cinta ni ade byk tau. Bukan lelaki dgn pompuan je, pompuan dgn pompuan pun boleh. Kalau dengan lelaki pun, tak semestinya sama umur.. Tengok, mcm abah. Abah tuh kan lelaki tp tua dah. Adik sayangkan abah tak?"

"Abah?" Adik menjengukkan kepala pada abah yang khusyuk membaca akhbar di kerusi makan. Terlihat kedut2 tua dan uban yg merimbun pada kepala abah.

"Sayang!" Ceria sahaja riak muka Adik. Lucu HATI melihatnya, kanak2 memang innocent. HATI menyambung lagi..

"Sayang tu, maksudnya cinta. Contohnya macam.. Bila adik sakit, abah bawak pergi klinik. Ummi pulak jaga adik malam2. Bagi makan, bagi minum.. Ummi tak tido tau." HATI mencuit hidung Adik.

"Hah? Ummi tak tido?? Ye ke?? Adik tak nak sakit lagi.." Air muka Adik berubah sedih.

"Wah, adik pun cintakan ummi ye?" Anggukan laju menjawab pertanyaan HATI.

"Mestila, adik kan sayang ummi. Cikgu kate, kite kena sayang emak kite. Sebab emak kite lah yg lahirkan kite. Adik, KakNgah, BangLang, BangChik dan Kak ATI pun keluar daripada perut ummi tau." Panjang lebar Adik bercerita. Dicuit pula hidung HATI dgn mimik muka yg sama dibuat oleh HATI sebentar tadi. HATI tergelak kecil, pandai pula adiknya itu mengusik.

"Ha, kalo gitu, ummi pulak sape yang lahirkan?"

"Oh, wan."

"Wan pulak, sape yang lahirkan?"

"Nenek!"

"Nenek pulak?"

"Aaa.. Mak nenek!"

"Mak kepada mak kepada mak nenek?" Serabut kepala Adik mendengar soalan HATI. Dia mengira2 dengan jarinya.

"Kalau adik nak tahu, semua orang termasuk nenek, wan, ummi, Kak ATI, Adik dan ramai lagi orang lain asalnya Allah yang cipta." HATI menghulur jawapan dlm menahan tawanya, lucu. Adik yg terhenti daripada mengira berfikir sebentar.

"Cipta tuh ape?" Adik bertanya lagi.

"Cipta itu macam teddy bear adik neh. Adik tahu tak sape yg buat teddy bear ni?"

"Tahu! Acik kedai kate mak cik kilang yang buat." Ingatan Adik berputar kembali tika dia sempat berceloteh dengan wanita tua di pasaraya tempat teddy bear kesayangannya itu dibeli dahulu.

"Haa, teddy bear ni ade, sebab ade mak cik kat kilang yang buat dia. Mule2 mak cik tuh buat kepala dia, pastu badan. Pastu amek tangan dan kaki pulak dan jahit kat badan. Cantum2 semuanya sampai jadikla..teddy bear! Sama macam adik, Allah yang buat adik tau. Tangan ni, kaki ni, hidung, mata, telinga..Allah yg buat. Lepas tu Allah letak adik dalam perut ummi." Merewang2 tgn HATI di udara, bersemangat bercerita pada Adik.

"Allah? Yang kita sembahyang selalu tuh?" HATI mengangguk2 menjawab pertanyaan Adik.

"Wah, adik nak cintakan Allah jugak!" Bersinar2 mata si kecil itu. Teddy bearnya diangkat ke udara.

"Nak cinta Allah, sembahyanglah." sambut HATI. Dia mahu Adik faham erti solat. Solat kerana Allah.

"Wahh.." Sebaik sahaja mendengar kata2 HATI itu, Adik melompat turun drpd sofa lalu bergegas ke bilik air.

"Eh, adik nak buat ape tuh?" Terkejut HATI dgn tindakan Adik yang tiba2.

"Amek air sembahyang." Terdengar sahutan suara dari dlm bilik air yg terbuka pintunya. Kelihatan Adik sudah siap sedia memakai selipar bilik air yg tiga kali ganda besar drpd kaki kecilnya. Lengan bajunya dilipat ke atas meniru gaya ummi, abah, HATI dan org lain yg pernah dilihatnya mengambil air sembahyang.

"Eh, sembahyang esok pagi pulak. Malam ni dah habis daa.." BangChik, kanak2 lincah berumur 7tahun yg sedari tadi turut serta mendengar, mencelah.

"Alaa.." Riak kecewa Adik kelihatan.

HATI tersenyum.. Adik2ku, jadilah seteguh besi. Melentur hanya pd yg haq. Menjadi perisai pd yg batil.. Bukan cinta harta, bukan cinta manusia, tapi cintakan pencipta..

3 comments:

  1. cik lumut suke?heee..baguih2,apelg yok,blanje ak ayuthaya.ngeh3=p tp bkn ending yg ak jnji aritu,xpe kan?nt2la ending.kne pkir lme2;p insyaAllah(^-^)

    wah,cik putihpepel~(cik ati pun,cik atila.mne2 pun bleh..hehe)
    tenkiu2(^o^)
    comeynye mende alah tuh senyum..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.